UMNO – Barang Tiruan Yang Tidak Tahan Lama


Salam Perjuangan…

Kita orang Melayu sudah patut membuat persediaan berpolitik tanpa kekuasaan UMNO dalam jangka masa yang terdekat ini.

Mahu tidak mahu kita wajib menerima hakikat yang UMNO sudah sampai kepenghujung hayatnya dan ramai berpendapat UMNO akan akhirnya mati dalam era pentadbiran Najib dan Muhyiddin jika mereka ini benar-benar akan menjadi pemimpin kita Mac ini.

Orang tua tua selalu bercakap “kalau nak makan apa-apa pun sekaranglah masanya, kerana jika kita dah mati kita tak akan dapat lagi makan-makan seperti ini”.

Begitulah dalam UMNO ini, jika kita nak puas berpolitik dalam UMNO sekaranglah masanya. Kalau nak ambil kesempatan untuk membolot segala kepunyaan kami itu, bolotlah sekarang, sebab UMNO akan ditalkinkan dalam pilihanraya yang akan datang.

Secara moralnya UMNO memang sudah tiada lagi; yang ada hanylah sebuah parti yang menggunakan nama keramat UMNO itu yang sedang menempa sejarah kehancuran dalam keadaan hina sekalai.

UMNO yang sebenarnya tidak seperti apa yang kita lihat sekarang ini. Betullah kata ramai pemimpoin veteran yang sudah pergi berkata, “barang tiruan memang tidak tahan lama.”

Bagi mereka UMNO ini adalah UMNO tiruan. Dalam UMNO asal, ahli yang pertamanya ialah Onn Jaafar bukannya Dr Mahathir Mohammed.

Sejarahpun sudah diubahnya, dan janganlah kita marahkan Singapura memulakan sejarahnya dari tahun 1819 semasa Sir Stamford Raffles menemui Singapura.

UMNO yang ‘ori’ itu pendaftarannya ialah pada tahun 1946 tetapi UMNO tiruan ini pendaftarannya ialah Februari 1988 sahaja.

Penubuhan UMNO asal adalah diasaskan diatas penyatuan persatuan dan kelompok Melayu yang berbagai untuk bersatu mencapai perjuangan Melayu sedangkan UMNO tiruan inin diwujudkan untuk menyelamatkan seorang dua yang ingin kekal rakus berkuasa.

UMNO asal bertegas mempertahankan Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan keluhuran Perlembagaan sedangkan UMNO tiruan ini mencabul kedaulatan Raja-Raja Melayu dan meletakkan Raja-Raja Melayu di pinggiran.

Dalam UMNO tiruan ini perlembagaan diubah dan ditukar seperti menukar seluar dalam untuk disesuaikan bagi kepentingan pemimpin-pemimpinnya dan bukannya untuk menjaga kepentingan parti.

UMNO asal dihormati oleh rakyat berbilang kaum kerana maruah dan mertabat pemimpin mereka dijaga rapi sedangkan UMNO tiruan ini dipimpin oleh manusia yang tidak dapat sanjungan rakyat malahan menjadi bahan cacian di merata tempat.

Saya pernah menulis dalam blog ini yang perbezaan diantara UMNO asal dengan UMNO tiruan ini adalah seperti perbezaan diantara Ziela yang pelakon itu dengan Ziela, maskot Tahun Melawat Malaysia yang diperkenalkan oleh Sabaruddin Cik dahulu.

Ziela, orang utan yang menjadi mascot itu berbulu seluruh badannya sedangkan Ziela yang asal hanya berbulu di tempat-tempat tertentu sahaja.

Walaubagaimana sekalipun kedua-duanya bernama Ziela dan tentu kita tahu dan faham kita sekarang bersama Ziela yang asal atau Ziela yang maskot itu.

Sekarang Ziela maskot itu sudah mati di Zoo Negara. Persoalannya sekarang ialah, samada ada UMNO tiruan ini akan mati menuruti Ziela maskot itu. Nampaknya potensinya besar.

Kalau masih tidak dapat membezakan kedua-duanya nasib perjuangan kita akan terkubur.

Kita patut mula berfikir bagaimana kita hendak berpolitik tanpa UMNO yang akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang.

Sekian…………………
– Aspan Alias / sabahdaily

Posted on 28 Oktober 2008, in BN, Isu Semasa, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: