Guna Duit KWSP RM5 Bilion, Kenyataan PM Mengelirukan


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR,29 Okt – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud mendesak kerajaan menjelaskan persoalan berkaitan penggunaan wang Kumpulan Wang simpanan Pekerja atau KWSP berjumlah RM5 bilion bagi menyelamatkan syarikat saham besar, Value Cap.

“Saya keliru dengan kenyataan perdana Menteri, Timbalannya, menteri kewangan kedua yang menyatakan bahawa fundamental negara masih kuat bagi menghadapi krisis ekonomi.

“Jika kita sudah kuat, apa guna kita ambil RM5 bilion daripada KWSP? Ini semacam ada kontradiksi atau ada suatu yang tidak kena – yang mana satu betul ni?” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bahkan beliau turut mengemukakan beberapa persoalan lagi berhubung isu yang sama – menjelaskan lagi rasa tidak puas hati pihak MTUC dengan kenyataan pemimpin negara tersebut.

“Persoalan saya ialah untuk apa RM5 bilion tersebut digunakan? Sejauhmana ketelusan proses pengambilan dan urusan bail-out tersebut dijalankan dan apa manafaat yang diperolehi pencarum KWSP khususnya golongan berpendapatan rendah kesan daripada tindakan tersebut?

“Walau apapun tindakan yang dibuat kerajaan, wang tersebut tetap wang milik rakyat dan ianya tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya,” ujarnya.

Mengulas lanjut tindakan yang akan dibuat MTUC mengenai isu tersebut, Syed Syahir menjelaskan pihaknya berkemungkinan akan mengajukan hal tersebut kepada perdana menteri atau menteri kewangan setelah selesai mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa MTUC.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan AJK Bersih meminta pihak yang terbabit dengan desas-desus cadangan pemecatan 50,000 pekerja kontrak di Jabatan Perkhidmatan Awam agar tampil memberi penjelasan bagi meleraikan permasalahan tersebut.

“Kita minta pihak yang terbabit menjelaskan apa cerita sebenarnya di sebalik kesemua ini? Ianya masih belum jelas,” katanya tegas.

Isu tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak namun pihak Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam,Tan Sri Ismail Adam telah memberikan maklumbalas mengenai hal tersebut.

“Tetapi jawapan yang diberikan masih belum jelas,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau tetap mengingatkan para peniaga agar tidak terlalu cepat bertindak dengan dengan hanya merujuk kepada suatu isu yang tidak mempunyai asas dan latar belakang yang kukuh. – harakahdaily

Kalau dah nak tipu tu, mestilah guna apa-apa alasan / helah bagi mengaburi mata rakyat walaupun nampak sangat alasan tu tidak logik. Itulah BN, bila terdesak semua wang simpanan rakyat sendiri digunakan bagi keselesaan kerajaan pimpinan meraka.

Posted on 29 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, Ekonomi, Isu Semasa, Krisis Ekonomi, KWSP, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: