Hentikan Yoga, Bimbang Rosak Akidah


Salam Perjuangan…

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Beliau ditemui Bernama di persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Menurut agensi berita itu lagi, amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu seperti manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Bagaimanapun Majlis Fatwa Kebangsaan belum membuat keputusan rasmi berhubung senaman tersebut.

Majlis itu akan membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bercakap selepas merasmikan persidangan fiqh di USM, timbalan ketua pengarah operasi jabatan itu Othman Mustapha berkata keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh pengerusi majlis berkenaan Prof Datuk Dr Abdul shukor Husin.

Seminar itu anjuran Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM dan Jakim, mengetengahkan konsep kelestarian pemikiran Islam yang berupaya merentasi cabaran bersifat kontemporari di masa akan datang.

Sejumlah 47 kertas kerja dibincangkan pada seminar itu.

Antaranya bertajuk ‘Konsep Fiqh Lestari’, ‘Konsep Pemikiran Lestari’, ‘Kelestarian Dalam Sosial: Toleransi Agama’, ‘Kelestarian Dalam Sosio-Budaya’, ‘Kelestarian Dalam Sains, teknologi dan Alam Sekitar’, ‘Kelestarian Dalam Ekonomi’ dan ‘Cabaran pemikiran Islam: Islam Liberal’.

‘Kelestarian Islam dalam Pendidikan’, ‘Cabaran Fiqh Lestari: Aspek Mazhab’, ‘Institusi Kewangan Islam: Zakat’, ‘Kelestarian Dalam Politik dan Perundangan’, dan ‘Kelestarian Dalam Institusi Kewangan Islam: Waqaf’. – malaysiakini

Posted on 29 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, Islam, Isu Semasa, Muslim, Semasa, Umum, Yoga. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: