Kes Anwar, Altantuya Jadi Tumpuan Esok


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Kes berprofil tinggi yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan wanita Mongloia Altantuya Shaariibuu akan menjadi tumpuan esok.

Bagi kes pembunuhan Altantuya, Mahkamah Tinggi Shah Alam akan menjadi perhatian orang ramai dan media apabila Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan tersebut.

Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (keduaduanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak Abdullah Baginda malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai.

Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babakbabak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding.

Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lepas.

Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dilepas dan dibebaskan.

Sementara itu, perbicaraan kes Anwar yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.

Perbicaraan kes liwat Anwar masih berasa di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya. – mStar

Posted on 30 Oktober 2008, in Anwar Ibrahim, Isu Semasa, Mahkamah, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: