UMNO : Usia Tua Tapi Belum Matang


Salam Perjuangan…

Tertarik dengan artikel yang di tulis oleh Kopitiam di dalam blognya berkaitan cadangan KJ untuk mengadakan debat di antara mereka yang bertanding. Berikut adalah artikel yang di maksudkan :

Semalam akhbar Sinar Harian menyiarkan beberapa tajuk yang menarik untuk dibaca. Kisah debat untuk calun yang hendak bertanding…. Antara tajuk2nya ialah UMNO belum matang untuk berdebat: Mustapa dan Orang Melayu belum bersedia: Tun. Kedua2nya negatif sekali.

Umno ditubuhkan pada tahun 1946 dan sehingga kini usianya sudah menjangkau 62 tahun. Kalu umat Nabi Muhammad SAW….umur 62 tahun tu dah nak sampai masanya lah tu… Kalau yang bernasib baik macam Tun pun…dah mula sakit sana sakit sini…pelupa dan sebagainya. UMNO? 62 tahun masih belum matang menurut Mustapha….Bila nak bersedia? 100 tahun…200 tahun?

Sementara Tun pulak mengatakan Orang Melayu belum bersedia. Teman percaya bukan orang melayu yang belum bersedia tetapi anak dia yang tak bersedia….Cuba anak dia tu pandai…mesti on punya. Jangan nak temberanglah Che Det…Nampak sangatlah orang tua ni mengutamakan anaknya dari survival melayu sendiri…Umno tu jadi alat dia aje…jangan tak tau..

Kalu sesiapa yang berpeluang mengikuti rancangan Hujah di TV9 2 hari lalu…kita dapat lihat bagaimana tidak matangnya Khir Toyo berbanding dengan YB Saifuddin Nasution. Antara langit dengan bumi. Sementara Saifuddin telah jauh ke depan dengan new value untuk Malaysia…. Khir masih terkial2 untuk menegakkan benang yang basah. Akhirnya beliau tenggelam dengan dunianya sendiri dan tidak hairan rakyat Malaysia akan move on dan meninggalkan UMNO sebagaimana yang diperkatakan oleh Rais Yatim hari ini…

Apakah benar sehingga kini UMNO masih belum mempunyai kematangan atau UMNO memang sengaja ingin meyembunyikan kelemahan mereka kepada rakyat. Dalam usia yang sebegini, sepatutnya UMNO sudah mempunyai kekuatan untuk menunjukkan kebolehan mereka walaupun untuk berdebat dikalangan ahli mereka sendiri.

Keberanian KJ ini memperlihatkan seolah-olah dia seoranglah yang mempunyai kematangan walaupun kemunculannya masih baru dalam politik UMNO. Namun pernahkah kita melihat dia berdebat dengan mana-mana orang. Malahan dikatakan KJ sering lari dari debat yang dia cadangkan termasuk dengan PAS. Tidak lain tindakan KJ ini sekadar ingin menarik perhatian setiap pewakilan yang mengundi bahawa dialah yang ingin membela dan memulihkan kedudukan UMNO. …Apakah tindakan KJ ini akan membolehkan dia menang dalam pemilihan…..kita tunggu dan lihat…

Dalam situasi ini dapat dilihat bahawa UMNO sekarang dalam keadaan yang tenat. Bukan sahaja kematangan tidak ada, malah mereka dilanda masalah dalaman dan peribadi pemimpin yang teruk. Pelbagai lubuk masalah yang tersembunyi selama ini terbongkar. Apakah UMNO akan pulih atau akan menuju kehancuran yang dasyat. Hanya masa yang menentukan….. – sabahdaily

Posted on 30 Oktober 2008, in Berita, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: