Rumah Dr. Burhanuddin : Kenapa Baru Sekarang ?


Salam Perjuangan…

PARIT BUNTAR, 30 Okt : Tindakan Berita Harian menyiarkan cerita perobohan rumah tinggalan tokoh kemerdekaan Dr. Burhanuddin al-Helmi di Kampung Changkat Tualang lebih bermotifkan politik. Rumah berkenaan diroboh oleh keluarga tokoh sejarah itu kerana terlalu buruk.

Akhbar berkenaan melaporkan melaporkan penduduk Kampung Changkat Tualang, dekat sini, kira-kira 40 kilometer dari Ipoh terkilan kerana kerajaan Perak tidak berusaha mengekal dan memulihara rumah kelahiran pejuang kemerdekaan, Dr Burhanuddin hingga dirobohkan keluarganya, Ramadan lalu.

Menurut AJK PAS Parit Buntar Sdr. Adhan Haji Abdul Rahim, akhbar Berita Harian sepatutnya melaporkan tentang keuzuran rumah itu sejak pemerintahan BN di Perak.

“Baru sekarang berita ini dibesar-besarkan sedang rumah tersebut diroboh oleh keluarga pada Ramadhan lalu. Mengapa semasa BN memerintah mereka membiarkan rumah itu terbiar begitu sahaja” Soal Sdr. Adhan

Menurutnya lagi , media arus perdana yang menjadi lidah rasmi BN/Umno memutar belik fakta bagi memburuk-buruk imej kerajaan PR Perak yang baru mentadbir negeri.

“Baru sekarang mereka mengiktiraf Dr Burhanuddin sebagai perjuang kemerdekaan, sebelum ini hanya pimpinan Umno sahajalah dianggap tokoh kemerdekaan.” tambahnya.

Beliau berharap rakyat Perak tidak terpengaruh dengan propaganda media milik Umno yang hanya memaparkan kepada orang Melayu di Perak bahawa Umno sahajalah yang membela warisan sejarah bangsa.

“Sekiranya nak tahu berita sebenar, hubungi anak-anak Dr. Burhanuddin sendiri.” Beritahu Sdr. Adhan.

Walau bagaimanapun, Sdr. Adhan juga berharap Kerajaan PR di Perak turut mengambil berat isu berkenaan kerana warisan sejarah ini harus dipertahankan. Sebelum ini, di Pulau Pinang rumah bekas Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman turut tergadai akibat kegagalan kerajaan BN menjaga hak milik warisan negara.

“Kerajaan Negeri Perak boleh berbincang dengan keluarga Dr. Burhanuddin untuk menjadikan tapak rumah tokoh kemerdekaan itu sebagai warisan sejarah.” Cadang beliau. http://paritbuntar.pas.org.my

Posted on 31 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: