Gua Musang Bersidang, Razaleigh Peroleh Pencalonan Hari Ini?


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Persidangan perwakilan bahagian Umno masuk minggu keempat dengan 14 bahagian dijadual mengadakan pertemuan hari ini.

Antara bahagian yang turut mengadakan persidangan perwakilan ialah Gua Musang, yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Razaeligh yang turut telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden belum menerima sebarang pencalonan.

Sebaliknya, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak muncul pemimpin tunggal menerima pencalonan bagi kerusi Presiden.

Najib telah memperoleh 105 pencalonan setakat ini.

Turut mendapat perhatian ialah sama ada Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib akan turut melayakkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Kemungkinan jumlah pencalonan hari ini tidak membolehkan mereka layak bertanding jawatan berkenaan.

Esok 23 bahagian lagi akan mengadakan persidangan masing-masing. – mStar

Sebagaimana yang kita tahu Tengku Razaleigh tidak mendapat satu pun pencalonan daripada mana-mana bahagian yang telah bersidang. Mungkin tiada pencalonan ini disebabkan oleh bahagian-bahagian takut dengan tindakan Najib sekiranya mencalonkan Tengku Razaleigh nanti. Sebagaimana yang diketahui umum, Najib seorang yang pendendam dan akan membalas segala ketidak jujuran bahagian yang tidak mengundinya dengan tindakan-tindakan tertentu. Mungkin bahagian Gua Musang akan menerima akibat sekiranya cuba mencalonkan Tengku Razaliegh nanti.

Posted on 1 November 2008, in Berita, Berita Terkini, Najib, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: