Jangan Dok Melalut La Shahidan


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menuntut Senator Datuk Zaid Ibrahim bertaubat kerana menyifatkan model ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa.

“Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu,” Bernama memetik kata dua Shahidan.

Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.

“Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Shahidan mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

Baru-baru ini Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Beliau berkata, ia juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara.

Zaid turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum walaupun beliau ahli Umno. – harakahdaily

Jangan nak melalut la Shahidan, hisablah diri engkau tu sendiri. “Hasibu anfusakum qala antuhasabu”, hisab/periksalah diri kamu dahulu sebelum kamu menghisab/periksa diri orang lain. Ini diri sendiri pun disabotaj dek Umno Perlis sendiri, tentu ada masalah yang tak kena.

Dah la Islam Hadhari, semuanya tak betul masakan diri nak betul. Diri sendiri pun tak betul, nak betulkan orang lain pulak. Memang betul, parti yang bersifat perkauman, lambat laun akan menimbulkan perpecahan dikalangan mereka.

Berlainan dengan PAS yang ditubuhkan berasaskan iman dan taqwa dalam usha membentuk kerajaan Islam, insya Allah.

Posted on 2 November 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Perkauman, Isu Semasa, Perkauman, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: