JKKK Didakwa Kaut Keuntungan Sewa Gerai MPS


Salam Perjuangan…

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bercadang mengambil balik urusan penyewaan kira-kira 500 gerai miliknya yang kini dikendalikan oleh jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) ekoran aduan penyewa yang mereka dikenakan kadar sewa yang terlalu tinggi.

Gerai-gerai tersebut diserahkan untuk diurus dan disewa oleh JKKK sebagai sumber kewangan mereka untuk membiayai aktiviti di kampung masing-masing.

Sistem sewaan ini mula diamalkan beberapa tahun lalu apabila sebahagian daripada Projek Luar Bandar (PLB) diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah.

Gerai-gerai terbabit merupakan sebahagian daripada kira-kira 2,300 gerai milik MPS yang terdapat dalam kawasan Selayang.

Pada umumkannya MPS menyewa gerainya pada kadar harga kira-kira RM300 di kawasan Bandar dan ia lebih murah lagi mengikut lokasinya.

Bagaimanapun, ada antara JKKK terbabit didakwa mengenakan sewa berlebihan sehingga lebih 300 peratus terhadap gerai-gerai MPS yang diuruskan mereka.

Ketika diminta mengulasnya, Ketua Bahagian Komunikasi Koperat MPS, Muhamad Zin Masoad berkata cadangan tersebut juga akan membolehkan pihaknya merombak semula sistem sewaannya gerai-gerainya.

Manfaat terus

Katanya, cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat khas majlis itu dan keputusannya dijangka dapat diperoleh dalam tempoh sebulan.

“Kita tahu dan ambil maklum perkara itu. Kita mahu manfaatnya dapat terus (oleh penyewa).

“Perkara ini akan dibawa dalam mesyuarat khas. Kita akan ambil alih, kemungkinan besar ambil alih,” katanya.

Muhammad berkata, MPS turut bercadang menemui wakil wakyat dan ahli majlis kawasan itu untuk mendengar pandangan mereka.

Malaysiakini difahamkan, perjanjian sewaan antara penyewa dan JKKK tidak ada hitam putih dan hanya bersandarkan kepada “janji mulut” sahaja.

Setelah Pakatan Rakyat memerintah Selangor bermula Mac lalu, amalan ini diteruskan atas keputusan ahli-ahli majlis yang baru.

Sita kedai

Minggu lalu, seorang ahli JKKK yang baru dilantik telah bertindak menyita sebuah kedai cermin mata di Kampung Laksamana, Selayang.

Kejadian itu juga telah tersebar secara meluaskan melalui internet.

Perkara itu bermula akibat pertikaian tentang kadar harga sebanyak RM900 sedangkan JKKK membayar MPS kadar sewa yang berkali ganda lebih murah.

Perselisihan pendapat telah diadukan kepada ahli parlimen PKR di Batu Caves Amiruddin Shaari.

Ketika dihubungi, Amiruddin berkata, perkara itu telah selesai.

Beliau berkata, pihaknya telah menganjurkan pertemuan antara pihak penyewa dan JKKK Isnin lalu. – malaysiakini

Kalau dah orang Umno, memang dasar mereka nak cekik darah orang asal mereka untung jer. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa, kerana yang terainaya adalah orang bumiputera (melayu). Mana dasar nak tolong orang melayunya, kalau dah JKKK sendiri yang tak nak tolong bangsa sendiri. Kalau dekat Kelantan, kita dapat lihat perkara ini tidak timbul kerana ada kerjasama daripada pihak berkuasa majlis daerah yang tidak membenarkan menyewa dari orang yang menyewa. Jadi tak adalah tindas menindas ni.

Posted on 3 November 2008, in Berita, Isu Semasa, JKKK, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: