KCE Pula Dirujuk Ke BPR, Polis


Salam Perjuangan…

Seperti yang dijanji, Menteri Besar Kedah akan mengumumkan nama-nama Government Link Company (GLC) yang telah menyalahgunakan kewangan dalam pentadbirannya.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco hari ini YAB Ustaz Azizan Abdul Razak mendedahkan sebuah lagi anak syarikat Kerajaan Negeri yang telah pecah amanah ketika pemerintahan kerajaan terdahulu.

Anak syarikat berkenaan ialah Kedah Communication and Events (KCE) Sdn Bhd yang berpejabat di bangunan Bina Darulaman Berhad (BDB). Syarikat ini dikenalpasti telah melakukan penyelewengan sebanyak RM1.707 juta meliputi lima perkara. Ini termasuklah pembelian unit paparan video LED luar RM1,825 ribu sedangkan harga sebenar hanya RM1,035 ribu manakala kerja-kerja pemasangan yang dibayar oleh KCE sebanyak RM387 ribu berbanding hanya RM40 ribu harga sebenar.

Lain-lain ialah perngurusan menguji, mentauliah dan mengurus projek sebanyak RM 278 ribu dan harga yang disebut apabila penyelidikan dilakukan hanyalah RM25 ribu, operasi perisian dan latihan penyelenggaraan serta sokongan teknikal RM253 ribu berbanding RM7,500 ribu sahaja. Selain itu sktruktur asas pemasangan sebanyak RM 157 ribu dan harga yang berpatutan ialah RM85 ribu sahaja.

Apabila Kerajaan Negeri hari ini telah melakukan pemantauan dan kajian mendapati pengurusan pembelian yang dilakukan pada tahun 2006 itu sepatutnya berharga hanya RM1.192 juta sahaja berbanding dengan RM2.9 juta oleh KCE.

Ini GLC kedua selepas Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Sdn Bhd anak syarikat Kerajaan Negeri yang didedahkah telah melakukan pecah amanah. Tambahnya lagi, arahan akan ditujukan kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan supaya membuat laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR). – kedahlanie.blogspot.com

Posted on 3 November 2008, in Berita, Berita Terkini, GLC, Isu Semasa, Politik, Rasuah, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: