Ujian Buat MP BN


Salam Perjuangan…

Esok merupakan hari-hari yang ditunggu oleh semua orang yang mengambil berat tentang kedudukan negara kita yang tercinta Malaysia. Esok merupakan hari pengundian untuk meluluskan bajet 2009 yang dibentang di parlimen baru-baru ini.

Kejujuran dan janji serta keberanian MP BN untuk memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat bakal teruji dengan pengundian yang akan dibuat esok oleh speaker dewan bagi meluluskan bajet 2009. Sekiranya MP BN ini benar-benar ingin menyokong Pakatan Rakyat, maka seWAJIBnya lah mereka mengundi untuk tidak menyokong untuk meluluskan bajet tersebut.

Jika hal ini berlaku, ianya mungkin akan menjadi satu tampar hebat buat BN amnya dan Umno khasnya, terlebih-lebih lagi Najib yang teringin sangat untuk menjadi presiden Umno dan PM Malaysia. Jika MP BN tidak mahu negara yang tercinta ini lebih parah lagi, maka peluang mereka hanyalah dengan mengundi untuk tidak meluluskan bajet 2009. Jika tidak,faham-fahamlah bagaimana perangai Najib ni.

Sementara itu, petang tadi berlangsung pengulungan yang dibuat oleh menteri kewangan yang baru iaitu Najib Tun Razak agak panas sedikit kerana didakwa tidak memberi peluang kepada MP Pakatan Rakyat untuk mencelah ketika sesi penggulungan perbahasan bajet 2009.

Ketegangan bermula kira-kira lima minit Najib mula berucap sambil memaklumkan Dewan Rakyat bahawa beliau tidak akan memberi laluan sehingga habis mengemukakan ucapannya.

Makluman itu menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat Parlimen pembangkang.

Kekecohan bermula pada awal sesi penggulungan yang bermula 4.30 petang apabila Najib memberitahu Dewan beliau hanya akan memberi laluan untuk penjelasan selepas membentangkan dasar-dasar untuk menangani masalah ekonomi.

Ini menimbulkan rasa kurang senang dan bantahan daripada beberapa wakil pembangkang antaranya Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Mahfuz Omar(Pas-Pokok Sena), Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kekecohan ini mendorong seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim bertindak keluar dewan ketika Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 petang tadi.

Posted on 4 November 2008, in Analisis Isu, Anwar Ibrahim, Belanjawan, BN, DAP, Isu Semasa, Najib, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: