Denda Dikenakan Kerana Memburu Dengan Sengaja Atau Lupa – Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 95


Salam Perjuangan…

Timbul persoalan, kenapa banyaknya berlaku ke khilafan di kalangan ulama’ berhubung dengan pelbagai masalah khususnya berhubung dengan binatang buruan ini?

Pertama, kekhilafan di kalangan ulama dalam masalah binatang buruan semasa ihram ialah berpunca dari masa sahabat menerima hadisnya disamping kalut dengan hijrah. Ada yang berhijrah ke Mesir ada pula yang berhijrah ke Yaman.

Ketika Nabi memberi fatwa di Madinah, ada sahabat tidak berada disitu. Sahabat berkenaan menyampaikan hukum berdasarkan hadith yang dia dengar dari Nabi s.a.w.

Kedua, ia berlaku kerana lafaz yang umum. Ayat Al-Quran menyebut binatang buruan, tidak disebut yang dimaksudkan dengan binatang buruan itu adakah memburu sahaja atau dagingnya atau termasuk memelihara binatang buruan.

Bila dia menjadi lafaz yang umum, maka para ulama’ berkhilaf menafsirkan ayat tersebut berdasarkan kepada kefahaman masing-masing.

Kita boleh memakai pendapat yang mana hujahnya lebih kuat. Kebetulan kita bermazhab Syafie maka kita pakailah pendapat ulama mazhab tersebut.

Jika kita mengetahui hujah mazhab yang lain lebih kuat, kita dibenarkan memakai pendapat ulama’ mazhab yang lain.

Jangan kita memilih pendapat yang mana lebih mudah, itu tidak dibenarkan. Sebagai contoh, untuk memudahkan kita memelihara air sembahyang dari terbatal, kita memakai pendapat mazhab Hanbali yang mengatakan air sembahyang tidak habis ketika bersentuhan kulit tanpa berlapik dengan perempuan yang halal nikah dengan kita.

Bila kita mahu memakan binatang hidup 2 alam seperti katak, pendapat mazhab Maliki digunapakai. Itu pilhan yang diharamkan oleh ulama’. Firman Allah yang bermaksud: “dan sesiapa membunuhnya di kalangan kamu dengan sengaja”(Al-Maidah: 95)

Untuk mentafsirkan ayat ini para ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan hukum kesalahan memburu dengan sengaja semasa ihram.

Berkata Mujahid bin Jabar yang dimaksudkan dengan sengaja disini ialah qasad (niat) untuk membunuhnya tetapi lupa bahawa diri berada di dalam ihram, maka orang yang berkenaan dikenakan denda.

Adapun sekiranya seseorang itu berqasad membunuh binatang dalam keadaan dia tidak lupa berihram, hukumannya lebih berat dari itu iaitulah ihram terbatal dengan sebab itu.

Sementara itu Jumhur ulama’ (kebanyakan ulama’) berpendapat, samada memburu dengan sengaja atau lupa, semuanya wajib dikenakan denda.

Firman Allah yang bermaksud: “maka balasan seumpama apa yang dibunuh daripada binatang peliharaan (Al-Maidah:95).

Ulama’ juga berselisih pendapat dalam menentukan hukuman atau denda kepada mereka terbabit. Juga berkhilaf di dalam menentukan bacaan ayat ini.

Pendapat pertama membaca dengan membaris bawahkan ‘lam’ (‘mithli’ – rujuk ayat Al-Quran) secara idhoofah dan ada pula dengan cara membaris di ataskan lam secara a’tof (‘mithla’ – rujuk ayat Al-Quran) dan ada pula dengan menambahkan dhomir (‘fajazaahu’ – rujuk ayat Al-Quran), yaitulah bacaan Ibnu Masu’d, seorang sahabat Nabi s.a.w yang masyhur.

Balasan (dendanya) seumpama apa yang dibunuh. Yakni sekiranya binatang yang dibunuh itu ialah rusa, maka hendaklah diganti dengan lembu.

Sekiranya yang diburu itu burung kasawari, hendaklah diganti dengan unta, kalau yang diburu itu kijang diganti dengan biri-biri atau kambing dan diberi makan kepada fakir miskin yang berada di Mekah.

Firman Allah yang bermaksud : “Yang menghukum dengannya oleh orang yag adil di kalangan kamu” (Al-Maidah : 95)

Bagi menentukan hukuman terhadap kesalahan mereka terbabit, Allah memerintahkan supaya hukuman dilakukan oleh dua orang yang adil dikalangan orang Islam. http://presiden.pas.org.my

Posted on 7 November 2008, in Hukum, Ilmu, Islam, Tafsir, Tazkirah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: