ISA : Raja Petra Terkejut Dengan Keputusan Mahkamah


Salam Perjuangan…

SHAH ALAM : Editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang dibebaskan secara rasmi daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini melahirkan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah itu.

“Saya terkejut sebenarnya. Saya memohon dibebaskan di bawah Seksyen 8 dan ia berjaya. Tidak ramai yang mencabar Seksyen 8 berjaya, jadi (sebelum ini) saya tidak terlalu berharap.

“Ia (peluang dibebaskan) 50-50,” katanya.

Raja Petra dibebaskan secara rasmi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada pukul 3.20 petang tadi.

Keputusan itu dibacakan dibuat Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Syed Ahmad Helmy turut memuji sikap profesional pihak pendakwaan yang menyelesaikan urusan pembebasan Raja Petra sebelum jam 4 petang seperti yang diminta oleh beliau pagi tadi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perasaannya selepas dibebaskan, Raja Petra berkata, dia tidak dapat memikirkannya buat masa ini dan berasa amat letih.

Raja Petra Kamarudin melambaikan tangan sambil dikerumuni penyokong-penyokongnya selepas dibebaskan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, beliau tidak tahu sebab beliau dibebaskan dan berfikir mengenainya, namun katanya, ia mungkin disebabkan ISA bukan undang-undang yang sah untuk digunakan bagi tujuan politik.

“Saya rasa keputusan mahkamah hari ini telah menjelaskannya. Mesejnya adalah ia (ISA) tidak boleh digunakan untuk tujuan politik.

“Saya bukan pengganas…saya bukan orang yang berbahaya…saya hanya seorang penulis,” katanya.

Terdahulu, Raja Petra tiba di mahkamah dengan sebuah van polis dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping kira-kira pukul 3.05 petang dengan memakai kemeja-T berwarna coklat dan seluar jeans biru.

Kira-kira 30 jurugambar dari dalam dan luar negara mengerumuni Raja Petra sebaik beliau turun dari van tersebut.

Kira-kira 100 penyokongnya melaungkan ‘RPK’ (Raja Petra Kamarudin) menymabut ketibaan beliau.

Kesemua mereka memakai kemeja T yang tertera perkataan ‘Free RPK, no to ISA’ sebagai tanda sokongan mereka terhadap penulis laman web tersebut.

Raja Petra, 58, ditahan pada 12 September lalu dan pada hari yang sama juga ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng turut ditahan dibawah akta tersebut.

Bagaimanapun Teresa dan Tan sudah dibebaskan.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalm penghakimannya berkata alasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menahan Raja Petra di bawah Seksyen 8(1) ISA adalah tidak termasuk dalam kes ini.

Seksyen 8(1) menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun.

Barisan peguam yang mewakili Raja Petra ialah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ashok Kandiah.

Manakala peguam pihak pendawaan ialah Peguam Kanan Persekutuan, Abdul Wahab Mohamad

Dalam pada itu, isterinya, Marina Lee Abdullah ketika dihubungi mStar Online pagi tadi menyatakan rasa gembira dengan pembebasan Raja Petra. – mStar

Posted on 7 November 2008, in Berita, Berita Terkini, ISA, Isu Semasa, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: