Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Ditangkap Berkhalwat Di Kebun Getah


Salam Perjuangan…

PASIR MAS – Salah seorang bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Rantau Panjang telah ditangkap khalwat bersama salah seorang wanita di sebuah kebun getah di sini, semalam.

Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abe Lah memberitahu, orang kampung menyangka sebuah kereta diletakkan di sebuah kebun getah di Kampung Tok Pelandok itu adalah pencuri, lalu bertindak mengepung kereta tersebut, tetapi mendapati sepasang lelaki dan perempuan berada di dalamnya.

“Kedua-dua pasangan tersebut berada di kawasan itu kira-kira jam 8.30 malam sehinggalah mereka berdua dikepung oleh penduduk kampung kira-kira jam 9.30 malam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, lelaki yang ditahan itu dipercayai mempunyai jawatan tinggi dalam jabatan kerajaan manakala perempuan itu juga mempunyai kedudukan dalam sebuah parti dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Difahamkan lelaki itu merupakan suami orang dan perempuan tersebut juga mempunyai suami dan beberapa anak.

“Kita kesal dengan kejadian seumpama ini kerana ia telah mencemarkan imej parti dan juga kerajaan,” jelasnya.

Menurutnya, kedua-dua mereka diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Jajahan Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat daripada Jabatan Agama Islam Pasir Mas bagi mengetahui perkembangan kes ini dan tindakan undang-undang yang dikenakan, namun pihak jabatan agama tersebut enggan memberikan kerjasama.

Sementara itu, Sinar Harian turut menghubungi Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang, Mohd Afandi Yusof untuk mengulas isu yang berlaku ini kerana ia melibatkan pimpinan pemuda UMNO Rantau Panjang.

Afandi berkata, mangsa merupakan bekas pimpinan Pemuda UMNO Rantau Panjang dan telah menarik diri untuk tidak bertanding pada pemilihan AJK Pemuda baru-baru ini. – sinarharian

Inilah perangai / moral pimpinan Umno, daripada khabar orang kampung, dia ni seorang guru (penolong kanan). Ada juga orang kampung yang cakap, macam tak ada tempat lain nak buat kerja maksiat ni, kebun getah juga yang dipilih. Kalau inilah sikap seorang pimpinan sama ada dia ni bekas tidak timbul kerana dia ini pimpinan. Maka ianya menjadi satu keaiban lebih-lebih lagi kerana kedua-duanya sudah berumahtangga.

Kalau ikutkan hukum Islam (hudud), kerana rejam sampai mati. Tapi nak buat macam mana, negara kita tak benarkan sama sekali hukum hudud dilaksanakan. Kalau nak laksanakan juga kena tukar kerajaan lah. Di zaman Rasulullah s.a.w. hanya ada 2 kes rejam sampai mati ini apa bila disabitkan kes. Itu pun memakan masa yang panjang sebelum dilaksanakan.

Posted on 8 November 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, Hukum, Moral, Pemuda Umno, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Zubli Zainordin

    Kebun getah ya…

    Getah?

  2. alaa..
    bukan dlm umno jerk..
    maksiat ni da berleluasa
    xleh salahkan satu pehak jer..
    cuba bukak mata luas2 sket..
    jgn sebab sekor nyamuk
    abes kelambu dibakar..
    rakyat malaysia kan makin maju..
    so
    tepuk dada tny selera

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: