Ketuanan Umno Dan Cercaan Bloody Bastard!


Salam Perjuangan…

Naib Presiden PAS Haji Husam Musa mendakwa, ketuanan Umno tidak lagi berbisa bila mengulas pembebasan Raja Petra Kamarudin dari kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walaupun saya bersetuju bahawa tujuan sebenar ISA ialah sebagai kubu pertahanan terakhir ketuanan Umno, tetapi saya tidak pula bersetuju bahawa ketuanan Umno tidak lagi berbisa.

Kalau tak percaya, tanyalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Kalau Umno tidak lagi berbisa, tentulah beliau akan menghukum Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang menyelap di dalam Dewan dengan perkataan “This is bastard. He is bastard” (Ini anak haram. Dia anak haram) dan “You are bloody bastard!” di dalam Dewan terhadap M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

Sekarang, tersiar khabarlah betapa berbisanya ketuanan Umno.

Saya melihat sendiri apa yang berlaku. Tajuddin dirasuk entah apa-apa apabila Kulasegaran mendakwa penduduk India di Pasir Salak membencinya. Apabila diminta membuktikannya, wakil DAP itu berkata beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Telok Intan yang berjiran dengan Pasir Salak dan beliau memang tahu saudara-mara serta kawan-kawannya membenci Tajuddin.

“Saya ada pergi ke Pasir Salak, saya sebelum ini pernah jadi Ahli Parlimen Telok Intan, it is beside Pasir Salak. Saya ada keluarga di sana, I got friends, a lot of them yang tidak suka kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Itu salahkah? Itu tohmahan-tohmahan politik saya yang saya dapat. Ini dari apa yang… So is it wrong for me to speak the truth?”

Tajuddin boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengasak Kulasegaran. Jika beliau cerdik, beliau boleh menjadikan wakil DAP itu mati akal. Tajuddin juga boleh mendakwa orang-orang Melayu di Ipoh Barat membenci Kulasegaran. Dakwa pi la.

Tetapi beliau lebih lazat dengan maki hamun dan mencerca orang sebagai anak haram. Menuduh mak bapak orang berzina sehingga melahirkan anak haram. Kalau saya, saya tidak akan maafkan.

Walaupun kesalahan Tajuddin itu sangat besar, Wan Junaidi dengan selamba melepaskan Tajuddin (Lihat hansard Dewan Rakyat 5 November lalu). Ah, alangkah berbisanya Umno.

Pada 26 Oktober lalu, Tajuddin mencabar Wan Junaidi mengambil tindakan ke atasnya: “Tuan Yang di-Pertua, saya rasa terkilan dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua, sebab apa, pihak kami berada dalam keadaan disadvantage dengan izin, setiap kali kita nak menjawab apa yang dibangkitkan pihak pembangkang, kita disekat, disekat, disekat, bagaimana kita hendak jawab, kalau macam ini saya tidak setuju, kalau Tuan Yang di-Pertua, nak ambil tindakan kepada saya pun, ambillah.

“Betul, ambillah. [Dewan riuh] Ambil, come on let’s be fair dengan izin, you dengar ini, dengar”.

Apa Wan Junaidi jawab? “Tidak apa Yang Berhormat, memang macam tu Yang Berhormat”. (Lihat hansard Dewan Rakyat 29 Oktober lalu).

Umno masih berbisa, Husam! (penarikbeca.blogspot.com) – harakahdaily

Posted on 8 November 2008, in Berita, BN, Husam Musa, Isu Semasa, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: