Harga Runcit Turun Lagi, Kali Kelima Minggu Depan?


Salam Perjuangan…

Apa punya negara ni, minyak masa nak naik dia pakai pakai lif (laju la masa naik), masa nak turun pakai tangga (slow sikit sebab lelah), patut la lambat turunnya. Kalau turun RM 1.60 terus, kan senang. Tak payah nak berdikit-dikit ler, macam nak bagi tak nak bagi. Tak payah nak buat penurunan minyak nie macam nak rasuah rakyat pulak. Rakyat sekarang dah pandai berfikir mengikut perubahan zaman.

JOHOR BAHARU : Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini – buat kali keempat, harga minyak dijangka turun lagi pada pertengahan bulan ini.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

“Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara AS$74-AS$77 dan menurun kepada AS$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di sini.

Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70.

Trend harga minyak yang menurun itu, kata beliau, akan membolehkan harga minyak di pampam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Ia merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober.

Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.

Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Mengenai kenaikan harga minyak pesawat ringan, Shahrir berkata, ia bukan bahan yang dikawal oleh kerajaan.

Katanya, kenaikan harga minyak tersebut dari RM6.20 kepada RM9.53 seliter di Kuala Lumpur dan RM9.80 seliter di Langkawi adalah berikutan kekurangan bekalan bahan itu.

Harga minyak yang diimport dari Amerika Syarikat, Australia dan Thailand itu ditentukan oleh penjualnya.

Kenaikan itu, katanya, adalah sementara dan dijangka kembali normal tidak lama lagi.

Katanya, kerajaan akan melihat kemungkinan membuka penjualan minyak ini kepada pihak lain selain Petronas.

Beberapa sekolah penerbangan dan pemilik pesawat ringan peribadi dilaporkan merungut berikutan kenaikan harga minyak itu yang jauh berbeza dengan harga yang dijual di negara jiran Singapura pada S$2.61 (RM6) seliter. – mStar

Posted on 9 November 2008, in Berita, Berita Terkini, Isu Semasa, Minyak, News, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: