Politik Sempit : Gemarak Kesal Gabungan Melayu Perak Heret Istana


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Gabungan Ilmuan United Kingdom and Ireland (Gemarak) melihat titah DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Iskandariah baru-baru ini berketepatan mengikut Perlembagaan Persekutuan Negara berhubungan dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan ayau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Setiausaha Gemarak, Raja ahmad Iskandar Raja Yaacob dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, titah Tuanku agar pihak-pihak yang berkepentingan dalam kuasa politik negeri berhenti dari mengeruhkan suasana dan terus memastikan kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan hari ini, menjurus kepada pihak-pihak tertentu yang ingin mengganggu gugat kestabilan Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato Seri Mohd Nizar Zakaria.

Bagaimanapun katanya, Gemarak melahirkan kekecewaan kerana Gabungan Melayu Perak melalui Pengerusinya Dato’ Seri Mohd Helmi Ismail dilihat seolah-olah cuba mengheret istana dalam masalah politik sempit yang melanda di kalangan beberapa siasah politik Melayu tertentu.

“Sepanjang pemerhatian Gemarak, sejak kepimpinan kerajaan Negeri Perak bertukar nahkoda dari Tan Sri Tajol Rosli kepada Dato’ Seri Nizar, tidak berlaku sebarang permasalahan yang ketara.

“Usaha Menteri Besar untuk menjadi Ketua Kerajaan Negeri kepada semua kaum dan bangsa itu adalah satu menifestasi perlembagaan negara dan negeri tanpa mengenepikan terjemahan perlembagaan iaitu Islam sebagai agama rasmi dan ketuanan Melayu Islam sebagai tonggak pemacuan Negeri Perak. “Lebih menghairankan, bagaimana rombongan tersebut boleh hadir ke istana bersama kain rentang dan sepanduk seolah-olah ianya satu demonstrasi terancang oleh pihak penganjur.

“Istana sebagai benteng umat Islam dan Melayu adalah mercu tanda kegemilangan umat melayu. Seharusnya kita sama-sama pastikan agar institusi Raja dipertahankan dari sebarang pengaruh politik sempit pihak yang berkepentingan dengan memastikan Institusi Raja kekal bebas dan adil untuk semua rakyat Perak ,”jelasnya.

Sehubungan itu katanya, Gemarak memandang serius sebarang usaha pihak tertentu yang didalangi oleh tangan-tangan hitam disebalik Gabungan Melayu Perak yang cuba menggangu gugat kedaulatan Raja Berpelembagaan serta Islam sebagai Agama rasmi juga kebebasan beragama seperti mana yang termaktub dalam Perlembangaan Malaysia. – harakahdaily

Posted on 9 November 2008, in Berita, News, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: