Isu Mansuh ISA: Umno Beri Zaid Surat Tunjuk Sebab


Salam Perjuangan…

ZAID Ibrahim ketika menemui wartawan di ibu negara pagi tadi. _ foto The Star oleh SAMUEL ONG

Umno ni macam-macam hal la. Isu ISA ni bila dah malu PM dan Hamid Albar, mereka mula nak ambil tindakan ke atas bekas menteri ni. Dah orang nasihat suruh mansuh ISA tak nak dengar, bila menteri letak jawatan pun dia orang usik lagi. Bukan nak sokong belah Zaid Ibrahim, tapi dah orang tak suka dengan undang-undang hutan rimba ni, undang-undang yang mengainayai orang yang ditahan kerana tidak dapat dibicarakan. Nak buat macam mana, yang jelas ISA ni tak sesuai untuk digunakan zaman ni.

PETALING JAYA : Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) diberi surat tunjuk sebab atas tindakan beliau menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri dan mengadakan pertemuan dengan pembangkang berhubung syor Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Perkara tersebut didedahkan pada satu sidang media di sini sebentar tadi.

Zaid memberitahu, beliau menerima surat itu beberapa minggu lalu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mengesahkan surat sedemikian telah diberikan kepada Zaid.

“Beliau mempunyai masa hingga 15 November ini untuk memberikan maklum balas. Kemudian kami akan membawa (kes itu) ke jawatankuasa pengurusan untuk tindakan susulan,” kata beliau ketika dihubungi The Star.

Zaid berundur daripada Kabinet September lalu sebagai protes terhadap penahanan seorang wartawan, Ahli Parlimen dan penulis blog di bawah ISA.

Ketiga-tiga mereka telah dibebaskan termasuk Raja Petra Raja Kamarudin Jumaat lalu.

Minggu lalu, Zaid berkata, surat perletakan jawatan Senator juga telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa minggu selepas berundur dari Kabinet.

Walaupun tidak bertanding pilihan raya umum Mac lalu beliau dilantik menganggotai Kabinet.

Tindak-tanduk politik Zaid menimbulkan rasa kecewa banyak pemimpin Umno apabila beliau dilihat senada dengan pendekatan politik parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditunjangi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zaid, bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru, telah mengeluarkan surat terbuka kepada Abdullah meminta beliau agar memasuhkan ISA.

Malah baru-baru ini kenyataan Zaid yang menyentuh konsep ketuanan Melayu juga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno.

Kata Zaid, kepimpinan Umno mendapati surat yang dihantarnya kepada Perdana Menteri adalah satu kesalahan sambil menganggap ia telah melanggari peraturan parti.

“Mereka juga tidak gembira saya menghadiri pertemuan-pertemuan wakil rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Parlimen, ketika itu saya masih merupakan Senator,” katanya.

Zaid menjelaskan, beliau memberikan sokongan ke atas isu yang timbul, bukannya menyokong Penasihat DAP, Lim Kit Siang; PAS ataupun Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Ketika ditanya mengenai ucapannya pada majlis LawAsia conference di ibu negara bulan lalu, yang antara lain menyentuh isu ketuanan Melayu, Zaid berkata, beliau ada membaca laporan media bahawa tindakan kemungkinan diambil ke atasnya.

“Saya akan membuat lebih banyak ucapan (selepas in), jadi masa depan saya nampak suram,” katanya lagi.– mStar

Posted on 10 November 2008, in Berita, Berita Terkini, ISA, Isu Semasa, News, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: