Pegawai Daerah Sedia Berunding, Minta Tangguhkan Serahan Memo Kepada Agong


Salam Perjuangan…

Harapan kepada penduduk-penduduk Rancangan Tanah Berkelompok cerah bagi menyelesaikan tiga tuntutan yang dimajukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDT) pada 30 Oktober lalu. (Gambar – Puan Noraishah, wakil Pegawai Daerah, menerima memorandum)

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Negeri Terengganu (AMKNT) Fariz Musa (gambar) memberitahu Buletinonline kelmarin, pihaknya mendapat respon positif dari Pegawai Daerah Kemaman Encik Mohd Nor Ibrahim. (gambar)

“Kita mendapat respon dari tuan pegawai daerah, beliau sedia berunding, sekarang beliau berada di Johor Bharu, beliau akan balik pada hari khamis dan akan melihat memorandum kita.

“Kemudian beliau sedia berunding dan meminta kita menangguhkan dulu penghantaran memorandum kepada Yang di Pertuan Agong,” kata Fariz yang juga Pengerusi Pusat Cakna Rakyat yang mengetuai 30 orang penduduk RTB Bujal, menyerahkan memorandum ke PDT Kemaman minggu lalu.

Menurut beliau sebagaimana perbualan telefon antara beliau dengan pegawai daerah, pihak pejabat daerah dan tanah sedia mendengar pandangan dan suara hati penduduk RTB Bujal dalam usaha untuk menyelesaikan isu yang sedang dihadapi oleh mereka.

“Harapan kita besar kepada pegawai daerah dapat menyelesaikan tuntutan kita, terutamanya penyambungan bekalan elektrik dan air diselesaikan dengan segera.

“Ia penting dan ia merupakan keperluan asas melibatkan penduduk dan keluarga mereka,” katanya apabila ditanya tentang harapan beliau terhadap perundingan yang bakal diadakan dengan pihak PDT Kemaman.

Sehubungan itu, katanya dua lagi tuntutan yang dibuat adalah berkaitan supaya tanah RTB Bujal diberikan hak milik kepada penduduk berkenaan dan pembinaan infrastruktur jalanraya, surau dan kemudahan asas lain. (Gambar kiri – Fariz hadir sebagai tetamu dalam Ijtima’ Kepimpinan PAS Ke 12)

“Kita meminta pihak kerajaan supaya memikirkan, ramai rakyat yang duduk diatas tanah kerajaan mendapat notis supaya keluar dari tanah tersebut, isunya mengapa mereka duduk ditanah kerajaan ? kerana mereka tidak ada tanah,

“kita menyokong dan memuji kerajaan PAS dulu yang mengagihkan tanah-tanah lot melalui rancangan tanah berkelompok kepada rakyat yang telah berkeluarga dan tidak memiliki tanah,” kata beliau.

Menurutnya dasar tersebut perlu diteruskan oleh kerajaan sekarang kerana generasi muda tidak mampu untuk membeli tanah kerana harga tanah yang semakin meningkat.

Justeru itu, beliau berkata mereka (generasi muda) memerlukan pembelaan kerajaaan untuk diberikan tanah lot tempat tinggal bagi mereka membina rumah kediaman. – BuletinOnline

Posted on 10 November 2008, in Berita, News, Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: