Umno Seremban Gaduh: MB Sifatkan Kenyataan Tengku Adnan Tidak Adil


Salam Perjuangan…

SEREMBAN : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung, Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Badan Perhubungan Umno negeri dan Umno Bahagian Seremban saling tidak mempercayai antara satu sama lain, sebagai tidak adil.

“Saya tidak pernah ada masalah dengan bahagian Seremban. Saya menjalankan tugas selaku Pengerusi Badan Perhubungan negeri dan saya tahu tugas yang perlu dijalankan.

“Jadi, saya anggap ia satu kenyataan peribadi dan beliau (Tengku Adnan) tidak sepatutnya membuat kenyataan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Surat Hak Milik Projek Rumah Awam Kos Rendah (PAKR) Panchor 1, Panchor 2 dan Sikamat 2A di Balai Raya Rumah Rakyat Panchor, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tengku Adnan bahawa Ibu Pejabat Umno akan menghantar satu pasukan bagi mengendalikan mesyuarat Umno Bahagian Seremban yang ditangguhkan akibat insiden pergaduhan semalam selepas mendapati Badan Perhubungan Umno Negeri dan Umno bahagian itu saling tidak mempercayai satu sama lain.

Mesyuarat bahagian itu yang berlangsung di Kelab Golf Tuanku Ja’afar, dekat sini terpaksa ditangguhkan selepas berlaku pergaduhan dan kekecohan yang menyaksikan dua perwakilan cedera dipercayai terkena kerusi yang dibaling.

Kekecohan bermula kirakira pukul 10.30 pagi sebaik Ketua Umno bahagian itu, Datuk Ishak Ismail selesai berucap apabila Ketua Umno Cawangan Sikamat, Datuk Md Yusof Harmain Shah bangun memohon penjelasan sama ada mesyuarat itu wajar diteruskan berikutan kekeliruan berhubung status beberapa cawangan. – BERNAMA

Posted on 10 November 2008, in Berita, Berita Terkini, Isu Semasa, News, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Aduhaiii U M N O!!!!! sangat memalukanlah kalian ini. Mengalahkan anak-anak kecil.. Namun kalau kecil pun sudah nyata.. tapi kalian sudah besar…

    Memalukan betullah umno seremban ni.. lagi2lah ada juga orang2 yang ana kenal…

    Allah dah menyingkapkan kebudakkan dan ketidaksetiakawan mereka dalam syura… sungguh memalukan

    PARTI ISLAM SEMALAYSIA.. Teruskan perjuangan kita menegakkan yang hak dan membenteras yang bathil..

    TAKBIRRR!!!

    ALLAHU AKBAR!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: