Wang Ringgit Dorong Ali Dan Muhammad Dicalon Timbalan Presiden?


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Benarkah sejumlah besar wang ringgit jadi motivasi yang digandingkan dengan arahan makhluk ghaib itu supaya sesetengah bahagian tertentu memberikan pencalonan kepada Dato’ Seri Ali Rustam atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib?

Persoalan itu dibangkitkan oleh bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Dato’ Ruhanie Ahmad dalam blognya kuda-kepang.blogspot.com

“Soalnya, betulkah begitu dan siapakah makhluk ghaib berkenaan?” beliau mempersoalkan.

Walaupun tidak mempersoalkan prinsip kebebasan memilih di dalam Umno, tetapi beliau membangkitkan cakap-cakap mengenai “wujudnya makhluk ghaib yang kononnya telah mengarahkan segelintir bahagian tertentu mencalonkan Ali atau Muhammad ke jawatan Timbalan Presiden Umno Malaysia”.

“Kononnya, makhluk ghaib itu mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dinafikan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno Malaysia,” kata beliau.

“Kononnya, ini kerana Muhyiddin disifatkan oleh makhluk ghaib itu sebagai pemimpin yang terlalu sangat memperjuangkan suara warga Umno akar umbi sehingga menyebabkan proses peralihan kuasa dipercepatkan dari Jun 2009 kepada Mac 2009”.

Ruhanie membayangkan kemungkinan calon-calon terbabit akan terlibat dalam rasuah politik dengan pertandingan tiga penjuru itu.

“Kini akan terjadi pertandingan tiga penjuru antara Muhyiddin-Ali-Muhammad bagi jawatan Timbalan Presiden Umno Malaysia.

“Kepada segelintir perwakilan yang tidak berprinsip, situasi ini amat menguntungkan. Ini akan membolehkan mereka mengugut calon-calon terbabit untuk terlibat dalam rasuah politik.

“Mungkin juga sesetengah calon tertentu akan melakukan rasuah politik secara sukarela demi keghairahan mendapatkan undi dan kemenangan,” kata bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam itu.

Beliau berharap Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan badan-badan perisikan yang lainnya akan memantau kemungkinan ini secara ikhlas dan jujur di semua peringkat, termasuk bagi pertandingan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Bernama sebelum ini melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan calon-calon lain untuk jawatan Timbalan Presiden Umno selain Muhyiddin sebagai “pak lawak”.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir berkata, ia sepatutnya Muhyiddin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah ‘pak lawak’ semata-mata. – harakahdaily

Posted on 10 November 2008, in Berita, Berita Terkini, Isu Semasa, News, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: