Zulkifli Nordin : Saya Ahli PAS?


Salam Perjuangan…

Temubual ini disiarkan di portal The Nut Graph (TNG) yang telah diterjemahkan (secara lebih kurang) ke Bahasa Melayu. [Untuk temubual asal, sila klik di sini]

Khabar angin bertiup kencang menyatakan Zulkifli Nordin, anak kelahiran Kedah yang pernah belajar di New Zealand akan menyertai UMNO.

TNG : Sudah banyak kali saudara menjelaskan yang bantahan saudara terhadap forum terbuka yang dianjurkan oleh Majlis Peguam tempohari adalah atas kapasiti saudara sebagai exco Peguam Pembela Islam (PPI). Adakah saudara rasa, saudara tidak dapat mengetengahkan isu Islam melalui PKR?

Zulkifli : Ada 2 isu yang berasingan di sini. Pertama, isu Majlis Peguam – saya sudah menjelaskan sejak mula, pada hari forum itu berlangsung lagi yang saya mewakili PPI. Kenyataannya, saya sudah menjelaskan secara khusus yang kehadiran saya di sana bukan sebagai ahli parlimen PKR. Perkara ini sudahpun diberitahu kepada Anwar sendiri.

Bercakap tentang PKR– PKR adalah sebuah parti baru yang dinamik- iaitu memberikan ruang untuk berbincang biarpun terdapat perbezaan pendapat. Setakat ini, saya tidak menghadapi sebarang masalah berkenaan isu Islam yang cuba saya ketengahkan, samada dengan Anwar ataupun orang lain (dalam PKR). Jadi, saya tidak bersetuju kalau ada yang mengganggap PKR tidak membenarkan isu Islam dibangkitkan. PKR benarkan. Cuma yang mungkin menjadi pertikaian adalah cara isu ini diperjuangkan- mungkin ianya tidak selari dengan cara PKR. Khususnya yang melibatkan isu Islam dalam konteks perlembagaan negara.

TNG : Jika PKR mengambil tindakan displin ke atas saudara, apa yang saudara akan lakukan? Adakah saudara akan menyertai parti lain?

Zulkifli : PKR atau parti mana sekalipun, mempunyai hak untuk mengambil tindakan ke atas ahlinya. PKR ada hak untuk mengambil tindakan ke atas saya jika mereka rasa saya telah melanggar peraturan tertentu atau polisi tertentu, yang melibatkan parti. Dan, saya juga mempunyai hak untuk mempertahankan tindakan saya. Jadi semuanya bergantung atas asas apa alasan tindakan itu mahu dikenakan ke atas diri saya. Adakah kerana saya membangkitkan isu Islam ataupun kerana cara saya membangkitkan isu itu. Itu yang saya mahu tahu.

Buat masa ini, PKR memang mengambil berat tentang isu yang cuba diketengahkan oleh Majlis Peguam, dan bukannya sebab isu Islam yang saya perjuangkan. Jadi, saya rasa ok dengan alasan itu. Tetapi, jika mereka mahu menyentuh isu Islam, hak Islam atau mengambil tindakan tentang isu Islam lain yang lebih besar, kemudian kita kena berfikir semula dan mengeluarkan garis panduan serta agenda yang lebih jelas. Atas dasar Islam, di mana pendirian PKR? Kalau mereka mengambil tindakan ke atas saya kerana isu Islam yang saya perjuangkan, itu cerita lain.

TNG : Pada 26/10/2008, sewaktu ditemuramah oleh Mingguan Malaysia, saudara telah membangkitkan tentang Khalid Samad (PAS – Shah Alam) dan saudara berkata, Khalid sepatutnya menyokong saudara sebagai seorang Islam bila saudara membangkitkan isu itu. Adakah ini bermakna yang Pakatan Rakyat mempunyai pendapat yang berbeza tentang Islam, dan bagaimana isu ini dapat dibincangkan dalam pakatan pembangkang?

Zulkifli : Pertama, semua parti (dalam Pakatan Rakyat) harus menyatakan pendirian mereka tentang Islam. Ini belum lagi berlaku dalam PR. Kita mempunyai isu biasa di antara PAS, PKR dan DAP. Seperti, isu rasuah, hak asasi dan kita juga mempunyai musuh yang sama, iaitu Barisan Nasional. Tetapi, dalam isu Islam, kita tidak ada pendirian yang jelas daripada semua parti ini. Jadi saya fikir, setiap parti harus mengeluarkan pandangan masing-masing, dan kemudian kita duduk berbincang untuk mendapatkan kata sepakat.

Buat masa ini tidak ada perbincangan khusus. Yang ada cuma kenyataan bersama dari Pakatan Rakyat yang menghormati Islam dalam konteks perlembagaan. Kenyataan itu hanyalah pendirian umum. Tetapi, untuk isu khusus seperti yang dibangkitkan oleh Majlis Peguam, bagaimana cara kita menanganinya? Saya fikir, inilah masanya- sepertimana yang saya jelaskan pada Anwar dalam surat tunjuk sebab yang beliau minta, kita mesti ada agenda yang jelas tentang isu yang melibatkan kepentingan Islam. Jika tidak, ianya akan berterusan mendatangkan masalah.

TNG : Dalam temuramah bersama Mingguan, saudara berkata, Islam dahulu, yang lain kemudian. Jadi kenapa saudara tidak membuat pilihan untuk menyertai PAS? Kenapa masuk PKR dan bila saudara masuk PKR?

Zulkifli : Sebenarnya, saya ahli PAS.

TNG : Oh! Jadi saudara ahli PAS?

Zulkifli : Saya ahli PAS. Semasa pilihanraya umum, saya telah dipanggil untuk mengambil kerusi Kulim-Bandar Baru – itu kerusi PKR. Jadi, bila anda berada di kerusi itu, secara tidak rasmi, anda bersama PKR. Saya tidak kisah tentang perkara itu.

TNG : Jadi saudara ahli PAS yang menggunakan tiket PKR?

Zulkifli : Sebelum pilihanraya. Tetapi sekarang saya ahli PKR. Biarpun saya dicalonkan di bawah PKR, saya menjadi wakil PKR, atas persetujuan bersama antara PAS dan PKR.

TNG : Sekarang ini saudara adalah ahli untuk 2 parti – PAS dan PKR?

Zulkifli : Tidak, sekarang ni PKR

TNG : Jadi sebelum ini saudara bersama PAS. Berapa lama?

Zulkifli : Lama juga.

TNG : Sejak 1998-99?

Zulkifli : Tidak, lebih awal dari itu.

TNG : Jadi saudara adalah ahli PAS sehingga saudara mengambil keputusan bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baru di bawah PKR. Selepas kemenangan Mac 2008, saudara menyertai PKR.

Zulkifli : Kenyataannya, semasa saya ditawarkan kerusi itu, saya ditanya samada mahu menyertai PKR, kami berbincang dan pada masa itu, saya mengambil keputusan untuk menjadi ahli PKR.

TNG : Ini soalan yang agak nakal. Saya harap saudara menjawabnya. Kenapa UMNO menarik balik petisyen pilihanraya ke atas saudara.

Zulkifli : Kenyataan sudah dibuat yang mereka menggugurkan petisyen itu kerana kepentingan negara. Anwar sendiri mempertikaikan kenapa mereka mahu mengadakan pilihanraya kecil. Selepas mereka kalah teruk di Permatang Pauh, saya tidak fikir mereka boleh berjaya. Jadi, saya fikir mereka mahu mengekalkan status quo yang mereka miliki. Saya cuma bernasib baik kerana berada di situ pada masa yang tepat. Itu sahaja. Tetapi, kami juga sudah bersedia untuk meneruskan kes itu. Kami mempunyai cukup bukti untuk melawan mereka. Ini mungkin kehendak Allah dan balasan yang diberikanNya kepada saya, saya tidak tahu (ketawa kecil). http://nuraflah.blogspot.com

UNTUK BAHAGIAN KEDUA, SILA KLIK DI SINI.

Posted on 11 November 2008, in Berita, Berita Terkini, Isu Semasa, MP Pakatan Rakyat, News, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: