Kerajaan Dipersoal Kos Projek ‘High Speed Broadband’ Tinggi


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Kos perbelanjaan Projek ‘High Speed Broadband’ yang dijalankan Telekom Malaysia lebih mahal iaitu melebihi RM11 bilion, sedangkan terdapat kaedah lain yang jauh lebih murah dari itu.

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata terdapat kaedah yang lebih murah iaitu tidak sampai RM5 bilion, iaitu ‘Digital Power Line’ (DPL) yang boleh dimanfaatkan kerajaan di saat krisis kewangan melanda.

Dalam masa yang sama, tambah beliau kerajaan boleh terus memberi peluang perniagaan kepada TNB agar mereka boleh menyewa kepada mana-mana syarikat komunikasi yang menggunakan DPL ini.

“Kaedah DPL ini menggunakan teknologi digital dengan menggunakan tenaga fiber optik sedia ada, tanpa perlu membina infra baru yang jauh lebih mahal,” kata beliau ketika ditemui di Parlimen, semalam.

Sebelum itu, beliau bangun mencelah dan memohon penjelasan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Mohd Nor Yaakop ketika ucapan penggulungan Kementerian Kewangan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2009.

Menurut Mahfuz, sekiranya kaedah DPL ini digunakan, kerajaan dapat mengurangkan kos seperti kos pembaca meter, selain boleh membuat kaedah ‘top up’ seperti telefon.

Tambah beliau, dengan menggunakan projek TM ini, aliran kewangan negara akan ke luar kerana terpaksa membeli peralatan dari luar, sedangkan kerajaan tidak perlu berbuat demikian jika memanfaatkan kaedah DPL.

“Apabila kita membeli peralatan dari luar, kita terus menjadi pengguna teknologi, sedangkan teknologi kita ada. Mengapa tidak kita membangunkan teknologi? Memang ‘High Speed Broadband’ itu perlu, tetapi ia tidak menyeluruh berbanding DPL yang lebih menyeluruh,” kata beliau, yang mengakui kemampuan DPL ini dalam perkhidmatan capaiannya.

Dalam pada itu, Mahfuz turut menawarkan diri kepada kerajaan untuk memberi taklimat kepada kerajaan berkaitan kaedah DPL ini sekiranya kerajaan bersedia dan serius dalam hal pengurusan kewangan negara. – harakahdaily

Posted on 12 November 2008, in Berita, Berita Terkini, PAS, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: