Harga Minyak Turun Hanya 15 Sen


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.00 seliter daripada RM2.15 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos.

Beliau berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya.

Selain itu, Najib juga berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harga telah turun.

Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.– harakahdaily

Macam tak ada angka lain ker nak turunkan harga minyak. Asyik turunkan dengan angka 15 sen jer. Nak buat macam mana, jaga kroni katakan. Seperti yang diperkatakan ahli ekonomi, sepatutnya miyak Malaysia diturunkan sehingga RM 1.60 seliter, tapi apakan nasib dah nak undi Umno dulu. Inilah akibatnya, Umno ni hanya pandai tabur janji jer, nak tunaikan janji tu susah sikit. Lagipun menteri kewangan sekarang ni bukannya pandai urus ekonomi, kata orang la. Untuk rujukan tetang subsidi minyak, sila klik di sini.

Posted on 17 November 2008, in Berita, Berita Terkini, Isu Semasa, Minyak, News, Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: