Kerajaan Enggan Ambil Kaedah Islam Selesai Jenayah


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Kerajaan masih enggan mengambil kaedah Islam bagi menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat mutakhir ini.

Kenyataan tersebut dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wira Chong Chee Heung kepada soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sesi soal jawab lisan sidang parlimen pagi ini.

“Kita tidak boleh buat sekali gus ala Kelantan kerana negara kita Malaysia ini majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada sidang dewan.

Siti zailah dalam soalan asalnya, meminta penjelasan kerajaan bagi mempertimbangkan cadangan untuk menggunakan undang-undang yang terkandung dalam agama Islam bagi menyelesaikan peningkatan masalah jenayah saban tahun.

“Ini adalah memandangkan Malaysia merupakan negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” ujarnya tegas.

Ia merupakan soalan tambahan yang dikemukakan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) yang meminta penjelasan mengenai langkah yang diambil kerajaan bagi mencegah kadar peningkatan indeks jenayah pada masa hadapan. – harakahdaily

Posted on 17 November 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, Jenayah, News, Politik, Semasa, Siasah, Sosial, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: