Konsortium Baja Nasional Batal Kerana ‘Mafia’?


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Kerajaan bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sejauh manakah perkembangan, kegiatan dan prestasi Konsortium Baja Nasional yang ditubuhkan untuk menjimatkan kos pembelian, penggredan dan pengedaran baja untuk sektor pertanian negara ini, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

“Saya difahamkan jumlah perniagaan baja dalam negara ini berjumlah kira-kira RM10 bilion. Jika benar, ia satu jumlah yang sangat besar dan sudah tentu melibatkan aliran wang keluar dari negara ini yang sangat banyak.

“Jika Konsortium Baja Nasional ditubuhkan untuk menjimatkan kos yang terlibat, ia sangat-sangat dialu-alukan. Malangnya, kita pernah mendengar apa-apa perkembangan mengenai konsortium itu sejak penubuhannya diumumkan,” kata beliau.

Pihaknya, kata Salahuddin, semakin prihatin mengenai perkara itu apabila wujud dakwaan bahawa perniagaan baja dalam negara ini dikuasai oleh kumpulan tertentu yang didakwa sebagai ‘mafia’.

“Sebelum ini, kita mendengar dakwaan mengenai ‘mafia’ yang menguasai pelbagai perniagaan dalam negara ini termasuk perniagaan beras, gula, tepung, simen dan lain-lain.

“Setiap kali harga barang naik, kerajaan melalui penguatkuasanya hanya memburu peniaga kecil, peruncit termasuk peniaga roti canai. Kita tidak pernah mendengar tindakan terhadap golongan yang didakwa sebagai ‘mafia’ itu.

“Oleh sebab itulah, jika benar perniagaan baja juga dikuasai oleh ‘mafia’, kita amat dukacita kerana ia sudah tentu menjadi lintah darat yang menjadikan sektor pertanian negara ini, terutama para petani sendiri sendiri sebagai mangsanya,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berharap kerajaan dapat menafikan dakwaan bahawa penubuhan Konsortium Baja Nasional itu tergantung begitu sahaja kerana kebimbangan terhadap tindak balas ‘mafia’ yang berkenaan.

“Jika benar dakwaan itu, timbul satu lagi persoalan yang lebih besar iaitu adakah negara ini dikuasai mafia? Malah, akan timbul juga pertanyaan adakah ‘mafia-mafia’ berkenaan mempunyai kaitan dengan pembiayaan rasuah politik di dalam Umno?” beliau mempersoalkan.

Keprihatinan terhadap perniagaan baja dalam negara ini, katanya lagi, bukan sahaja terhadap dakwaan ia dikuasai oleh ‘mafia’ dan penindasannya ke atas para petani, malah ia juga berkaitan dengan isu halal haram.

“Saya masih ingat, bekas Ahli Parlimen Arau, (Datuk Seri Diraja) Syed Razlan (ibni Syed Putra Jamalullail) pernah membangkitkan di dalam Dewan Rakyat tentang baja daripada najis babi yang diimport dari China digunakan dengan meluas oleh penanam padi di negara ini.

“Malah, Syed Razlan berkata, penggunaan baja dari najis babi itu digalakkan pula oleh sebuah agensi kerajaan negeri,” kata Salahuddin.

Malangnya, katanya lagi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu, Datin Paduka Rohani Abdul Karim menyatakan beliau “tidak bersedia menjawab soalan itu”

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin pernah mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan penubuhan Konsortium Baja Nasional.

Beliau berkata, konsortium itu akan beroperasi pada tahun 2007 selepas kumpulan pengurusannya dilantik oleh kementerian terbabit.

“Dengan konsortium ini, kita sendiri akan mengawal bekalan baja, menggred semula dan mengedarkan baja mengikut kualiti tertentu untuk kebaikan orang kampung dan pekebun kecil. Sekarang orang lain yang mengawal bekalan dan harga baja,” katanya ketika itu.

Selain itu, kata Abdul Aziz, tujuan penubuhan Konsortium Baja Nasional itu juga adalah untuk mewujudkan kepakaran penggunaan teknologi dalam bidang yang berkaitan yang datang dari kalangan masyarakat setempat. – harakahdaily

Posted on 17 November 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, News, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: