Pakatan Pertahan Islam dan Hak Istimewa Melayu


Salam Perjuangan…

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan – PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Isu lain

Mengulas beberapa isu dalam kerajaan Pakatan, Anwar mengkritik media yang dikuasai Umno yang menurutnya membuat laporan “tidak berdasarkan akhlak, moral dan etika”.

Beliau merujuk kepada laporan tentang kontroversi pelantikan Low Siew Mo sebagai pemangku pengurus Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan sewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor dan keputusan Kedah meningkatkan kuota perumahan untuk bumiputera.

Ketika diminta mengulas lanjut dalam sidang media kemudiannya Anwar bagaimana menjelaskan bahawa tidak semua media yang berbuat demikian, bahkan terdapat juga yang melaporkannya dengan betul.

Mengulas sama ada Selangor boleh mengembalikan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, beliau berkata:

“Ini polisi persekutuan, saya tidak rasa kita ada pilihan. Kita kena ikut kurikulum kebangsaan.”

Beliau juga enggan mengulas cadangan pembubaran Majlis Peguam oleh Persatuan Peguam Muslim kerana didakwa bertindak seperti pembangkang dan sering mempersoalkan hak pribumi.

Semalam, Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang dilaporkan kecewa dengan peranan badan itu sejak kebelakangan ini yang didakwanya, seolah-olah mencabar hak Melayu dan Islam. – malaysiakini

Posted on 17 November 2008, in Anwar Ibrahim, Berita, Berita Terkini, Isu Semasa, News, Pakatan Rakyat, PAS, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: