1,231 Penagih Baru Dalam Masa Dua Bulan


Salam Perjuangan…

Kuala Terengganu – Jumlah pelajar sekolah di negeri ini yang ramai terlibat dengan penyalahgunaan dadah semakin membimbangkan. (Gambar – salah satu poster kempen anti dadah dikalanganpelajar, gambar kecil, penagih dadah)

Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali Ismail mengesahkan jumlah pelajar yang terjebak dengan aktiviti haram itu semakin meningkat.

Menurutnya, para pelajar yang terlibat dengan gejala dadah tersebut hukumannya akan dibuang sekolah kerana dianggap terlibat dengan disiplin serta jenayah.

Bahkan, katanya seramai 2,656 orang penagih baru dan berulang yang dicatatkan di negeri ini dalam tempoh dua bulan pertama bermula Januari dan Februari 2008.

“Seramai 1,425 orang adalah penagih berulang yang tidak insaf dan 1,231 orang penagih baru di negeri ini.

“Apa yang lebih membimbangkan kita sebanyak 82.67 peratus penagih terdiri dari golongan belia berumur lingkungan 25 hingga 29 tahun,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Program Gerak Gempur Dadah (Gempadah) Peringkat Negeri Terengganu, di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga, kelmarin.

Beliau berkata sepanjang tahun lalu (2007) seramai 14,489 orang telah dikesan di seluruh negara yang melibatkan 6,679 orang atau 46.10 peratus adalah penagih baru.

Beliau menjelaskan seramai 7,810 orang lagi merupakan penagih berulang yang tidak insaf terhadap perbuatan tersebut.

Namun begitu, katanya secara keseluruhan statistik telah mencatatkan penurunan sebanyak 63.52 peratus berbanding tahun 2007 lalu.

“Tahun lalu (2007), ada seramai 14,489 orang penagih di kesan seluruh negara yang melibatkan 6,679 orang penagih baru atau 63.52 peratus.

“7,810 orang adalah mereka (penagih) yang berulang dan tidak insaf dengan perbuatan keji itu dan kita ada tubuh jawatankuasa bersepadu,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan turut menjalinkan kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi menangani masalah tersebut. – BuletinOnline

Posted on 18 November 2008, in Berita, Gejala Sosial, News, Semasa, Sosial. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: