PM Mahu Temui Wanita Umno Selesai Krisis


Salam Perjuangan…

TASHKENT (Uzbekistan) : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menemui pemimpin-pemimpin Wanita Umno sekembali beliau ke tanah air daripada lawatan ke dua buah negara Asia Tengah sekarang untuk menyelesaikan isu kepimpinan dalam pergerakan itu.

Perdana Menteri berkata pada mulanya beliau berharap Wanita Umno dapat menyelesaikan sendiri masalah peralihan kuasa dalam pergerakan itu sebelum tarikh pelaksanaannya pada Jun tahun lepas.

“Namun, masalah ini masih berlarutan dan tidak ada tanda ia akan reda, saya akan cuba bantu mereka,” katanya kepada pemberita yang mengikuti lawatannya itu.

Beliau kini berada di Uzbekistan untuk lawatan empat hari dan akan berlepas ke Turkmenistan esok sebelum pulang pada Khamis.

Abdullah, yang juga Presiden Umno, berkata beliau berharap pemilihan dalam Wanita Umno tidak akan menyebabkan perpecahan kerana ini boleh melemahkan parti.

Masalah dalam pergerakan itu timbul apabila sebahagian daripada anggota dan pemimpin peringkat bahagian dan negeri mahukan peralihan kuasa daripada ketuanya Tan Sri Rafidah Aziz kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipercepatkan ke Mac manakala sebahagian lagi mahukan ianya kekal pada Jun.

Walaupun Shahrizat berkata beliau akur dengan pelan peralihan kuasa itu, sebanyak 73 Bahagian Umno masih mahukan beliau bertanding Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti Mac ini.

Abdullah berkata beliau tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam isu itu.

“Kalau saya sokong satu kumpulan, kumpulan yang satu lagi akan marah saya, dan jika saya sokong kumpulan yang satu lagi itu pula, kumpulan yang ini akan marah,” kata Perdana Menteri. – BERNAMA

Kalau nak beherti tu tak payah nak buat peralihan kuasa, tak payah bertanding teruskan senang. Ini ada peralihan kuasa ni yang susah. Tapi tak apa kalau Umno yang susah, kalau mereka susah senang pulak mereka ni rebah dek perbalahan antara mereka sesama sendiri.

Posted on 18 November 2008, in Berita, Berita Terkini, Isu Semasa, News, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO, Wanita Umno. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: