Rasuah Tertinggi, Boikot Sahaja Pemilihan Umno Mac Ini – Mahfuz


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyeru ahli dan perwakilan Umno memboikot pemilihan jawatan parti itu Mac ini berikutan barah rasuah yang berlaku dalam pencalonan.

Mahfuz yang ditemui di Parlimen semalam menyatakan, beliau terkejut dengan pendedahan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob bahawa lebih 900 aduan kes rasuah diterima setakat ini.

“Ini senario paling parah dalam sejarah Umno, ini yang dilaporkan yang tidak dilaporkan kita tidak tahun berapa banyak lagi, dan ia mungkin melibatkan jutaan wang,” katanya ketika mengulas isu rasuah dalam pemilihan Umno yang kini semakin mendapat perhatian media.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga melahirkan kebimbangan dengan senario rasuah yang membarah dalam Umno ini kerana pemimpin yang bakal dipilih adalah kalangan mereka yang menang dengan rasuah.

“Rasuah ini boleh jadi dengan sogokan wang atau janji-janji kuasa atau projek oleh seseorang wakil kepada calon. Dalam Umno hal ini secara terang kini didedahkan pelbagai lapisan pemimpin parti,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan berlakunya politik wang dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Umno, Mahfuz merasakan adanya permainan kepimpinan atasan Umno.

Beliau mendakwa kemungkinan Najib dan Abdullah terpaksa meletakkan calon yang boleh dipercayai iaitu Dato’ Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib berikutan ketidakpercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Muhyiddin sangat dikenali sebagai orang kuat Abdullah, namun selepas mengkritik keras kepimpinan Abdullah dan menggesa peralihan kuasa disegerakan, akhirnya Muhyiddin kini bukan menjadi pilihan kepada dua pemimpin utama Umno masa kini, katanya.

Walaupun Muhyiddin mendapat pencalonan tertinggi bagi Timbalan Presiden, namun Najib sendiri pastinya merasai kehadiran Naib Presiden Umno itu sebagai orang nombor dua Mac ini, akan memberi tekanan kepadanya, kata Mahfuz.

Akhirnya, Najib sendiri terpaksa menggunakan dua orang kuat Abdullah (Muhammad Taib dan Ali Rustam) sebagai calon yang dirasakan tidak memberi tekanan kepadanya untuk mentadbir Umno penggal akan datang, kata Mahfuz.

Justeru beliau melihat, ada kemungkinan perang jawatan nombor dua Umno ini mungkin bakal menyaksikan korban wang yang agak besar untuk pemimpin tertentu memastikan kemenangan masing-masing.

Sehubungan itu, Mahfuz melihat ada baiknya ahli dan perwakilan Umno memboikot sahaja pemilihan jawatan Mac ini bagi menghentikan sindrom rasuah yang sukar dibendung. – harakahdaily

Posted on 18 November 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, News, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: