Rayuan Anak Allahyarham Datuk Zakaria


Salam Perjuangan…

Keluarga Allahyarham Datuk Zakaria Md Deros semalam merayu kerajaan negeri menimbang semula arahan mengosongkan tanah seluas 2,269 meter persegi yang melibatkan halaman banglo di Pandamaran, Klang dalam tempoh sebulan seperti yang diputuskan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Salah seorang anak Allahyarham, Zainuri Zakaria berkata, seluruh ahli keluarganya meminta maaf kepada Kerajaan Selangor kerana mendirikan pagar dan menanam pokok buah-buahan di tanah berkenaan, sebelum mendapat kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) daripada kerajaan negeri.

Katanya, mereka tidak berniat untuk melanggar undang-undang kerana percaya Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang pada masa itu tidak mempunyai sebarang perancangan di atas tanah tersebut.

“Kami telah memohon TOL untuk tanah ini yang mana akuan permohonan penerimaan telah diterima pada 25 Jun tahun lalu dengan nombor rujukan PTK3/126/07,” katanya pada satu kenyataan media, semalam.

Bagaimanapun, katanya status permohonan tanah berkenaan hanya diketahui ditolak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perkara berkenaan selepas Mesyuarat Exco Kerajaan, baru-baru ini.

“Kita harap kerajaan negeri dapat menimbangkan permohonan kami kerana tiada struktur kekal dibina di dalam kawasan milik kerajaan negeri itu,” katanya.

12 November lalu, Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah diarahkan untuk memberitahu keluarga Allahyarham supaya mengosongkan tanah itu yang kini dipagar dalam tempoh yang ditetapkan dan kompaun akan dikeluarkan kerana kesalahan menceroboh tanah kerajaan. – malayadaily

Posted on 18 November 2008, in Berita, Berita Terkini, News, Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: