Retreat Sulung Pakatan Di Ibu Negara Hari Ini


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Pakatan Rakyat, ikatan pembangkang yang ditubuhkan April lalu, mengadakan retreat – yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, di ibu negara hari ini.

Pertemuan informal itu yang disertai ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.

mStar Online difahamkan pertemuan ini bertujuan menyusun strategi Pakatan Rakyat untuk menghadapi beberapa isu semasa termasuk isu sasaran 16 September dijangka menjadi tumpuan.

Ia merupakan siri pertemuan dua kali. Pertemuan kedua dijadual diadakan minggu depan.

“Pertemuan hari ini adalah retreat yang pertama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang… mahu adakan group binding, bertujuan merapatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat,” kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution kepada mStar Online.

Saifuddin yang juga anggota Sekretariat Pakatan Rakyat berkata, majoriti ahli Parlimen pembangkang akan menghadiri pertemuan hari ini.

“Kira-kira 10 ahli Parlimen tidak dapat hadir hari ini, ada yang kini berada di luar negara.. di Kuwait, Paris dan sebagainya,” katanya.

Pakatan Rakyat diumumkan pembentukannya selepas pembangkang menafikan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Anwar pula dipilih Ketua Pembangkang menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selepas memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Anggota komponen Pakatan Rakyat kini terdiri daripada PKR, DAP dan PAS melibatkan 81 anggota.

PKR mempunyai 31 anggota di Dewan Rakyat, DAP (28) dan PAS pula 22.

Kini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 138 kerusi. Tiga lagi kerusi adalah milik Bebas termasuk dua yang dipegang Parti Maju Sabah (Sapp).

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pertemuan peringkat Pakatan Rakyat ini adalah susulan retreat yang diadakan PAS di Langkawi dua minggu lalu dan PKR di ibu negara minggu lalu.

“Ini retreat peringkat Pakatan Rakyat, melibatkan ahli-ahli Parlimen,” katanya.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada pertemuan hari ini akan membincangkan aspek-aspek berbangkit, yang berkaitan dengan soal sasaran menubuhkan kerajaan persekutuan yang tidak menjadi kenyataan 16 September lalu.

“Itu saya tidak mahu saya sebut,” katanya. – mStar

Posted on 18 November 2008, in Berita, Berita Terkini, News, Pakatan Rakyat, PAS, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: