Bawa Kes Ke Mahkamah, Umno Pecat AJK Tanah Merah


Salam Perjuangan…

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran tindakannya mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz menghadiri mesyuarat bahagian tersebut.

Beliau mendapatkan perintah itu pada 4 November lalu yang berkuatkuasa sehingga esok.

Menurut surat dari ibupejabat Umno yang bertarikh 18 November, pemecatan Abdul Rahman berkuatkuasa pada 4 November lalu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ia antara lain menyebut, mesyuarat jawatankuasa pengurusa Majlis Tertinggi Umno yang bersidang kelmarin memutuskan keahlian Abdul Rahman gugur berkuatkuasa 4 November mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa perkara parti ke mahkamah.

Ketika dihubungi petang ini, Abdul Rahman mengesahkan beliau menerima surat tersebut semalam.

Menurut beliau, Mahkamah Tinggi Kota Bharu akan mendengar kes tersebut esok.

Sebelum ini, beliau juga telah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 12 November dari ibupejabat Umno berhubung tindakannya mendapatkan perintah mahkamah tersebut.

Surat tersebut, yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Husainay Hashim, meminta Abdul Rahman memberi sebab-sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya ekoran tindakannya itu.

Beliau diberi tempoh seminggu untuk memberi jawapan.

Selain Ikmal Hisham, antara ahli Umno bahagian Tanah Merah yang terlibat dengan perintah itu ialah ahli jawatankuasa Umno bahagian, Ali Akbar Mayim, Bakri@Mohd Bakri Mustafa, Yahya Mustapha dan Rasdi Mohamad.

Ada di antara mereka yang akan bertanding pada mesyuarat kali ini.

Mesyuarat yang diadakan di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah itu yang sepatutnya berlangsung pukul 9 pagi 8 November lalu hanya bermula jam 10.10 pagi, dan sedikit tegang dipercayai disebabkan tindakan pihak yang mendapatkan perintah mahkamah cuba menyerahkan perintah injuksi kepada 32 anggota terbabit.

Ikmal Hisham sepatutnya diumumkan sebagai ketua bahagian yang baru hari ini setelah menang tanpa bertanding.

Mereka didakwa tidak membuat pembayaran yuran mengikut prosedur yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Bagaimanapun, mesyuarat itu ditangguhkan kira-kira 40 minit kemudian sebaik ucapan perasmian oleh naib ketua Umno Bahagian Zakaria Hamad, selesai, apabila pengerusi tetap sementara, Ali Akbar Mayim mengumumkan mesyuarat yang dipantau Umno bahagian Rantau Panjang itu disambung semula pada jam 1 tengahari untuk mendengar penjelasan Hasfanizam.

Manakala Hasfanizam kemudiannya dilaporkan berkata, keputusan menangguhkan mesyuarat bahagian itu dibuat setelah beliau merujuk kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa. – malaysiakini

Posted on 19 November 2008, in Berita, Berita Terkini, News, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: