Gerak: Peralihan Kuasa Umno Gagal Jika…


Salam Perjuangan…

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak Malaysia) berpendirian bahawa proses peralihan kuasa serta pemilihan Umno adalah gagal sekiranya parti itu tidak mampu menangani masalah rasuah secara berkesan, terutama menjelang pemilihan pucuk pimpinannya Mac depan.

“Lebih 900 laporan kes melibatkan rasuah politik kepada Lembaga Disiplin Umno harus disiasat dan diambil tindakan,” kata Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus.

Malah, katanya, perkara itu dilaporkan sebagai yang terburuk dalam sejarah pemilihan Umno.

“Siasatan dan tindakan mesti telus dan bukan sekadar menangkap pelaku kecil rasuah tetapi membiarkan jerung rasuah berleluasa dan bebas dari tindakan,” kata Mohd Nazree dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemilihan Umno harus bersih daripada rasuah kerana pemilihan kali ini membabitkan persoalan amanah serta kredibiliti kepimpinannya.

“Peralihan kuasa tidak menjamin perubahan atau reformasi dalam Umno jika tidak ada ‘keazaman politik’ untuk membangkitkan usaha dan tekad melawan rasuah,” katanya.

Gejala Rasuah

Menurut Mohd Nazree lagi, tiada maknanya proses peralihan kuasa sekiranya rasuah politik terus membarah.

Oleh itu, katanya, Gerak menggesa kepimpinan tertinggi Umno, termasuk bakal presidennya yang baru, supaya melakukan reformasi menyeluruh bagi membentuk budaya integriti dalam kepimpinan.

“Generasi baru sentiasa melihat perkembangan Umno dalam keseriusannya menangani gejala rasuah politik,” katanya.

Mohd Nazree berkata, Umno perlu lebih berani untuk mengambil tindakan terhadap ahli atau calon-calon yang terlibat dalam rasuah politik.

“Tindakan harus diambil tanpa kompromi jika Umno mahu dilihat sebagai sebuah institusi politik yang masih mempunyai kepimpinan politik yang mempunyai kesungguhan dan iltizam dalam melawan rasuah.

“Bersih daripada rasuah itu bukan sekadar hanya perlu diucapkan tetapi yang lebih utama ialah diperlihatkan dalam bentuk tindakan dan ketegasan dalam menangani budaya songsang ini, melalui pendekatan yang holistik,” tambahnya. – malaysiakini

Posted on 19 November 2008, in Berita, Berita Terkini, Gerakan, Peralihan Kuasa, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: