Kongres KeADILan, Pimpinan Sedia Jawab Isu 16 September – Tian Chua


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menjawab segala persoalan yang akan dibangkitkan perwakilan pada Kongres Tahunan parti itu bermula 28 hingga 30 November ini.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata antara yang dijangka akan menjadi topik hangat yang bakal disebut perwakilan ialah isu peralihan kerajaan 16 September.

Beliau yang ditemui di Lobi Parlimen pada 17 November lalu mengakui persoalan itu sudah mula timbul dikalangan perwakilan dan ia dibincangkan mutakhir ini.

“Kita pimpinan akan sedia menjawab persoalan ini, dan kita yakin kongres kali ini akan menjadi wadah untuk kita menerangkan kepada ahli dan perwakilan berhubung hal 16 September,” katanya.

Mengulas lanjut beliau menyatakan, secara teknikalnya peralihan memang tidak berlaku pada 16 September tetapi pihak pimpinan akan terus mengusahakan satu pembaharuan kerajaan yang diimpikan.

“Tarikhnya tidak ditetapkan tetapi ushaa ke arahj itu sedang dibuat oleh pimpinan kita dan Pakatan Rakyat, kita yakin ahli dan penyokong masih terus mengharapkan perubahan ini dipimpin oleh pimpinan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu Tian Chua turut memaklumkan Kongres KeADILan yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam ini bakal menjadi medan kepada perwakilan dan parti untuk bermuhasabah diri.

Kongres pastinya akan membincangkan pencapaian parti pada pilihan raya umum ke-12, kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan isu-isu dalaman parti, katanya.

Selain itu beliau turut menjangkakan isu pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat terutamanya Selangor yang diketuai oleh KeADILan akan dibincangkan sama.

Isu ekonomi, rasuah dan isu pentadbiran negara antara topik yang akan menghiasi perbahasan perwakilan, katanya.

Tian Chua yang juga ahli Parlimen Batu turut menyatakan kongres kali ini akan mendapat sambutan hangat atau luar jangka di kalangan ahli dan penyokong.

Beliau menyatakan, pihak parti akan menjemput pemerhati dan memberi peluang kepada mereka untuk menyatakan pandangan kepada parti.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin pula di pihak pemuda parti itu persiapan perhimpunan telah dibuat sebaik mungkin.

“Saya yakin ini merupakan perhimpunan bersejarah dan penuh bermakna buat warga AMK memandangkan ianya merupakan perhimpunan besar yang pertama selepas KeADILan dan Pakatan Rakyat memenangi lima buah negeri.

“Perbincangan di kalangan exco AMK baru-baru ini memutuskan untuk mengangkat tema : Memimpin Harapan Rakyat sebagai tema utama kongres kali ini,” katanya.

Tahun 2007, AMK mengemukakan tema ‘Daripada Harapan Kepada Kemenangan’ yang terbukti bahawa akhirnya dalam kempen pilihan raya yang lalu, tema Harapan Baru Malaysia dijulang sebagai tema yang telah menafikan majoriti 2/3 BN, katanya.

Sekarang, setelah 10 tahun laungan dan pekikan reformasi, rakyat telah memberikan kepercayaan dan amanah kepada Keadilan untuk mentadbir, katanya.

Beliau yakin, harapan rakyat memang tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin perubahan ini.

“Justeru, biarlah AMK mempelopori usaha ini dengan mengajak para perwakilan dan pemerhati untuk bangkit dengan semangat yang lebih segar selepas kongres ini dengan bersungguh-sungguh dan sedaya upaya memimpin harapan ummat,” katanya.

Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat “Harapan Baru” 29 hingga 30 November 2008, Stadium Malawati, Shah Alam

Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat(KeADILan) akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 29-30 November 2008.

Kongres KeADILan yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu ini akan menyaksikan kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak penubuhan parti 10 tahun yang lalu.

Kongres Nasional tahun ini telah diberikan tema “Harapan Baru” atas kesedaran ada perlunya untuk mentransformasikan kuasa rakyat yang disaksikan dalam pilihan raya umum lepas kepada kuasa perubahan yang jitu ke arah Malaysia yang adil dan demokrasi.

Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara khususnya.

Kedua-dua sayap penting parti yakni Angkatan Muda dan Wanita pula akan mengadakan kongres masing-masing secara berasingan pada 28 November.

Kongres Nasional kedua-dua sayap ini akan dirasmikan bersama oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali di Stadium Malawati.

Selepas perasmian, AMK akan terus bersidang di Stadium Malawati, manakala Wanita akan bersidang di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Dijangka 10,000 perwakilan, pemerhati, pimpinan komponen parti Pakatan Rakyat, wakil kedutaan dan NGO dari seluruh negara akan hadir ke Kongres Nasional tahun ini yang akan dimeriahkan lagi dengan “Karnival Rakyat”.

Orang awam dijemput untuk mengunjungi “Karnival Rakyat” yang terbuka sepanjang kongres bersidang dan mendengar pidato umum pimpinan parti khususnya Anwar Ibrahim pada malam 29 November di Stadium Malawati. – harakahdaily

Posted on 19 November 2008, in Berita, Berita Terkini, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, PKR, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: