Tempoh Diskaun Bukti BN Tidak Ikhlas Bantu Rakyat


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Diskaun 10 peratus dengan tempoh tujuh jam bermula tengahmalam hingga pagi keatas pengguna lebuhraya Utara- Selatan dan Elite membuktikan kerajaan BN memang tidak ikhlas untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, jika kerajaan BN mahu mengurangkan bebanan rakyat dengan bayaran tol mengapa ditetapkan pada waktu tengah malam sedangkan pengguna lebuhraya banyak di waktu siang.

Beliau menegaskan jika pemberian diskaun diberikan pada waktu malam ada beberapa andaian iaitu kerajaan menggalakkan rakyat untuk keluar malam hingga pagi.

Satu sudut lain pula katanya, kerajaan tidak bersedia untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

“Kita sokong penurunan tol tersebut tetapi kerajaan sepatutnya boleh menurunkan tol lebih daripada itu tanpa memberi had waktu tertentu,” tegasnya.

Menurut beliau, waktu tengah malam biasanya hanya lori besar dan bas ekspress dan pemotongan diskaun itu hanya dapat dinikmati oleh pihak tertentu sahaja.

Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan kerana ketika menaikkan tol tidak ditentukan masa tetapi apabila penurunan tol kenapa mesti tertakluk pada masa.

Sementara itu Ketua Muslimat Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menegaskan memang tidak rasional cadangan kerajaan dengan memberi tempoh tertentu kerana di waktu malam kurang pengguna lebuh raya.

Menurut beliau, jika kerajaan prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat dengan keadaan ekonomi merundum sepatutnya penurunan itu tidak ada had masa.

“Sebab tempoh 12 tengahmalam hingga 7 pagi penggunaan lebuh raya terhad hanya kenderaan berat manakala pengguna awam kurang,” tegasnya.

Beliau berkata, kerajaan BN memang tidak ikhlas hanya sekadar mahu mengambil hati kerana orang-orang tertentu sahaja yang boleh merasai nikmat pemotongan tol.

Wan Hasrina yang juga Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat berharap kerajaan dapat mengkaji semula cadangan tersebut jika benar-benar prihatin dengan rakyat.

Sementara itu Naib Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz setuju dengan pemotongan tol tersebut tetapi hanya segelintir rakyat saja yang dapat manfaatnya.

Ini kerana katanya, masa yang dihadkan itu menggambarkan seolah-olah pemberian kerajaan BN tidak ikhlas.

“Jika hendak ringankan bebankan rakyat, berilah masa yang ramai orang menggunakan lebuh raya iaitu waktu pagi hingga malam,” katanya.

Beliau berkata jika waktu tengahmalam itu waktu orang tidur bukan untuk berjalan sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

“Kita tidak menafikan ada faedah tetapi ia tidak sempurna kerana tidak semua rakyat dapat menikmati pemotongan tersebut,” tegasnya. – harakahdaily

Posted on 19 November 2008, in Berita, BN, Isu Semasa, News, Politik, Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: