Di Sebalik Diskaun 10% Plus Dan Elite?


Salam Perjuangan…

Diskaun 10% yang diberikan PLUS dan ELITE telah mendapat komen yang pelbagai dari kalangan blogger. Ada yang berterima kasih dan ada juga yang memperlekehkan ‘pemberian’ itu.

Apapun, itu hak masing-masing, samada mahu berterima kasih ataupun sebaliknya.

Bila harga petrol sudah diturunkan, tentunya bilangan kenderaan akan kembali bertambah di jalanraya. Jika dahulu pengguna agak berkira-kira untuk bergerak ke sana ke mari, mungkin kini tidak perlu berkira-kira lagi.

Hasilnya, pengusaha tol akan kembali menjana pendapatan yang lebih. Oleh sebab itu, bila PLUS dan ELITE mengambil keputusan untuk memberikan sedikit diskaun, ianya tidak lebih daripada salah satu strategi pemasaran mereka.

Jumlah aliran trafik pada waktu 12 malam – 7 pagi di laluan lebuhraya PLUS dan ELITE hanyalah 10% daripada jumlah trafik harian mereka. Ini bermakna, jumlah diskaun yang terpaksa ditanggung oleh mereka tidaklah begitu besar angkanya.

Mungkin juga dengan pemberian diskaun ini, bilangan trafik pada waktu malam akan bertambah dan pertambahan itu sudah tentu akan menambahkan pendapatan PLUS dan ELITE.

Tindakan PLUS dan ELITE yang memberikan rebet 5% kepada pengguna kad Touch n Go dan Smart Tag yang membelanjakan lebih RM 200/bulan juga salah-satu daripada strategi pemasaran mereka.

Dengan bertambahnya pengguna yang menggunakan kad tersebut, bilangan tol yang menggunakan tenaga kerja manusia dapat dikurangkan. Ini sudah tentu dapat mengurangkan kos operasi mereka untuk pelan jangka panjang selain dapat menjana pendapatan baru melalui penjualan kad Touch n Go dan alat Smart Tag.

Apapun, tambahan diskaun 10% pada musim perayaan utama wajar juga menerima pujian daripada pengguna. Sekurang-kurangnya, tekanan yang dihadapi oleh pengguna sewaktu mengharungi kesesakan pada waktu ini dapat dikurangkan sedikit bila diskaun itu ingin diberikan.

Tetapi, apa yang selalunya berlaku, pada waktu perayaan, tempoh perjalanan yang biasa mengambil masa 2 jam boleh berlarutan sehingga 5 jam.

Ertinya, perbelanjaan petrol akan bertambah dan jumlah penjimatan yang dapat dirasakan oleh pengguna lebuhraya terlalu sedikit ataupun tiada langsung. Lebih parah lagi, khabarnya harga tambang kenderaan awam bakal dinaikkan sehingga 50% mulai tahun hadapan.

Kesimpulannya, jumlah diskaun yang diberikan oleh PLUS dan ELITE tidak menguntungkan sangat kepada pengguna kerana mungkin pada 2009, diskaun 10% diberikan, tetapi pada 2010, kadar tol pula dinaikkan.

Sekali lagi, pengguna kenalah bijak merancang dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran diskaun yang diberikan pengusaha. Selalunya, tak ada pun udang besar dalam sepinggan mee yang murah harganya. http://nuraflah.blogspot.com

Posted on 20 November 2008, in Berita, BN, Isu Semasa, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: