Pimpinan Umno Diminta Contohi Cara Berpolitik MCA


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 20 Nov – MCA didakwa sedang memperlihatkan satu contoh politik bermoral yang perlu dijadikan ikhtibar oleh semua pihak terutama ahli Umno yang akan mengadakan pemilihan dalam perhimpunan agung Mac depan.

Peletakan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Chuan kerana tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden MCA mendapat reaksi yang baik daripada Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Beliau menyokong tindakan Ka Chuan kerana jika ahli parti telah menolak kedudukan mereka dalam pemilihan, mereka berasa tidak wajar untuk meneruskan kedudukan dalam kerajaan bagi mewakili parti.

Menurut beliau, peletakan jawatan itu perlu dilihat dengan lebih luas jika masyarakat dan rakyat telah mempersoalkan kewibawaan seorang pimpinan dalam pilihan raya maka tidak wajar bagi pemimpin tersebut masih memegang kuasa atau tampuk pemerintahan.

Katanya, keterbukaan dan kesediaan Ka Chuan meletakan jawatan sebagai menteri itu perlu dilihat oleh semua pihak termasuk perwakilan Umno.

Menurut beliau, kekalahan Umno-BN dalam pilihan raya di lima negeri dan kehilangan 2/3 majoriti tidak wajar dibebankan kesalahan itu ke atas kelemahan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi diambil tanggungjawab itu oleh semua pimpinan Umno-BN.

“Bagi saya tidak wajar dilihat peralihan Abdullah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak tetapi saya lihat Najib wajar juga dipertanggungjawabkan oleh Umno terhadap kekalahan Umno dalam pilihan raya baru-baru ini,” tegasnya.

Beliau menyarankan perkara itu dilihat oleh semua pimpinan Umno dalam menghadapi perhimpunan Mac depan.

Beliau menegaskan jika pimpinan MCA sudah kalah dalam pemilihan parti mereka boleh meletakan jawatan dalam kerajaan bagaimana pula pimpinan yang terlibat dengan rasuah politik wang dalam pemilihan masih boleh kekal dalam kerajaan.

Tambah beliau apakah pimpinan Umno tidak tercabar dengan sikap Ka Chuan yang meletakkan jawatan dalam kerajaan kerana kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden MCA. – harakahdaily

Posted on 20 November 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, MCA, News, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: