Hari Ini Hari Polis


Salam Perjuangan…

Setelah gagal mengadakan perhimpunan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Dataran Padang MPAJ, Gerakan Mansuh ISA (GMI) merancang untuk menganjurkan perhimpunan ‘ala BERSIH’ sebelum Perhimpunan Agung Umno Mac depan bagi menggesa kerajaan memansuhkan akta tersebut.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, perhimpunan secara besar-besaran itu akan diadakan bagi menunjukkan kesungguhan GMI dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan akta kontroversi itu.

“Usaha kami untuk adakan perhimpunan yang lebih besar ‘ala BERSIH’ akan tetap diteruskan pertengahan Mac depan sebelum Perhimpunan Agung Umno.

“Perhimpuan besar ini untuk kita minta ISA dihapuskan sama sekali, itu satu tindakan serius yang akan kita buat,” katanya yang ditemui di lobi Parlimen semalam.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, signifikasi penganjuran perhimpunan tersebut yang dijadual sebelum Perhimpunan Agung Umno adalah bertujuan menggesa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib tun Razak yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan memberi perhatian serius mengenai desakan rakyat yang mahu ISA dimansuhkan.

“Saya mahu Datuk Seri Najib sebagai seorang bakal Perdana Menteri dengar dan prihatin serta boleh memulakan era baru (kepimpinan) paling tidak pun dengan menyemak semula dan seterusnya dihapuskan…itu harapan saya,” katanya.

Pada mulanya Puan Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang turut di sekat untuk memasuki perkarangan padang tersebut namun setelah di desak oleh hadirin yang hadir pihak polis akhirnya akur.

Mohamad Sabu bersama Puan Zuraida yang hadir ketika itu adalah untuk menerangkan kepada hadirin yang hadir mengenai pembatalan tersebut namun , ianya mahu di suraikan dengan cara aman namun pihak polis hadir merampas pembesar suara dan sejurus selepas itu mereka memberi arahan untuk melakukan tangkapan.

Antara yang turut di tahan adalah termasuk Salahuddin, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Pesekutuan (WP), Kamaruzzaman Mohamad, Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamdan, Ketua Unit Amal PAS WP, Saifuddin Abdullah dan empat lagi penyokong. – malayadaily

Posted on 25 November 2008, in Berita, News, PAS, Politik, Semasa, Siasah, Unit Amal. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: