Baik untuk kesihatan namun ada unsur mantera


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Walaupun tidak nafikan latihannya baik untuk kesihatan namun percampuran mantera dan mempunyai unsur keagamaan menyebabkan yoga diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo’Lo’ Ghazali berkata Majlis Fatwa tersebut telah mengambil langkah yang bertepatan apabila mengumumkan fatwa meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa tersebut, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang menyatakan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.

Jelas Lo’lo’ yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, fatwa tersebut dikeluarkan mungkin disebabkan timbul kekeliruan dan kemusykilan orang ramai tentang senaman yoga tersebut.

“Pendapat menyatakan bahawa yoga yang dilakukan tidak disertai dengan bacaan mentera dan hanya sekadar senaman, itu berdasarkan keyakinan dirinya. Peraturan ini ada macam-macam, tapi tak semua orang ikut.

“Dari segi kesihatan memang bagus sebab melibatkan latihan pernafasan. Tetapi mungkin disebabkan pencampuran dengan mentera serta asal usul yoga itu sendiri,” katanya yang ditemui sewaktu majlis pelancaran Rakan Anti Dadah (Rada) peringkat Kebangsaan di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 25 November lalu. – harakahdaily

Posted on 26 November 2008, in Berita, Isu Semasa, News, Semasa, Yoga. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: