Ceramah RM8,000 sejam : Hasil siasatan Disember ini


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan mengumumkan hasil laporan siasatan dakwaan angkasawan pertama negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengenakan bayaran RM8,000 bagi satu jam sesi berceramah, Disember ini.

Timbalan Menterinya, Fadillah Yusof, berkata pihaknya sedang meneliti laporan, termasuk keterangan yang diberikan angkasawan itu minggu lalu bagi memastikan imej negara tidak tercemar berikutan dakwaan itu.

Beliau berkata, laporan diterima pihak Agensi Angkasa Kebangsaan (Angkasa) juga tidak disertakan bukti dan jumlah aduan diterima kurang daripada lima.

“Orang ramai boleh buat laporan kepada kementerian dengan mengemukakan invois, resit dan surat menyurat urusan mereka dengan angkasawan terbabit bagi program yang dianjurkan.

“Kita memerlukan bukti bagi menyokong setiap dakwaan dan sedang meneliti serta menyiasat aduan diterima dan siasatan akan berakhir hujung minggu ini. Kemungkinan besar, Isnin depan saya akan menghantar laporan siasatan kepada menteri untuk diambil tindakan seterusnya.

“Perkara ini mungkin mengambil masa seminggu sebelum pengumuman hasil siasatan dibuat, sama ada Dr Sheikh akan dikenakan tindakan jika laporan itu benar,” katanya yang dipetik daripada sebuah laporan akhbar.

Fadillah berkata, seperti yang ditetapkan, setiap bayaran atau sumbangan yang diterima kedua-dua angkasawan negara akan disalurkan ke Tabung Yayasan Angkasa Negara sebelum diagihkan mengikut kesesuaian dan kos pentadbiran.

Tabung itu ditubuhkan bertujuan melancarkan perbelanjaan program yang disertai dua angkasawan itu, termasuk kos perjalanan serta pelaksanaan program akan datang.

“Namun, sebagai kakitangan kerajaan, mereka perlu mengisytiharkan setiap bayaran atau sumbangan yang diterima kepada kita dan jika dipersetujui semua pihak barulah bayaran itu akan menjadi milik angkasawan itu sepenuhnya,”katanya. – harakahdaily

Posted on 26 November 2008, in Berita, Berita Terkini, MOSTI, News, Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: