Mat Sabu Menang Jika Diberi Peluang


Salam Perjuangan…

Pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu tidak dapat dielakkan sama ada ia diadakan dalam masa terdekat (tahun ini) atau tahun hadapan. Harap-harap SPR dengan pelantikan pengerusi yang baru tidak ada penyelewengan sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini dalam usaha untuk memenangkan parti BN yang memerintah.

Jika diberi peluang sekali lagi kepada Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu mungkin akan berlaku perubahan besar yang akan memihak kepada beliau.

Jika dilihat dari sudut majoriti yang diperolehi Datuk Razali Ismail (Umno) semasa memenangi parlimen tersebut dalam pilihanraya umum baru-baru ini adalah agak sedikit iaitu dengan majoriti 628 sahaja. Jika diukur dengan kebangkitan rakyat sekarang ini yang beralih arah kepada pembangkang (Pakatan Rakyat), maka ia menjadi satu kayu pengukur kepada rakyat untuk berubah rasa dengan memberikan kerusi parlimen Kuala Terengganu kepada PAS.

Dari sudut kekuatan Umno sekarang ini mungkin agak goyak sedikit kerana berlakunya perebutan kuasa dan politik wang dalam pemilihan bahagian baru-baru ini dan dengan isu-isu keangkuhan menteri besar dalam beberapa isu yang mebelakangi Presiden Umno sendiri yang dilihat dapat memberi peluang kepada PAS.

Dalam pada itu Mohamad Sabu sebagaimana dilaporkan harakahdaily menyifatkan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia semalam menjalankan tugas secara professional dan mengatasi politik kepartian.

“Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat),” katanya.

Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Posted on 29 November 2008, in Berita, Isu Semasa, News, PAS, Politik, Semasa, Siasah, UMNO and tagged . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: