Mawi Nafi Jadi Ahli PKR


Salam Perjuangan…

SHAH ALAM, 29 Nov – Nama penyanyi lekaki popular, Asmawi Ani (Mawi) mencuit tumpuan dalam Kongres Tahunan Angkatan Muda KeADILan (AMK) di Stadium Malawati Shah Alam semalam.

Ia berikutan pendedahan dakwaan seorang perwakilan AMK Johor yang menyatakan Mawi kononnya pernah bersama-sama KeADILan pada pilihan raya umum 1999 dalam kerja-kerja menampal poster.

Zabidie Abas yang menjadi pembahas bagi AMK Johor mendakwa, Mawi pernah menampal poster bersama jentera KeADILan di negerinya.

“Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa (menampal poster) bersama kita,” katanya sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin bertemakan ‘Memimpin Harapan Rakyat’.

“Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya,” katanya, disambut tepukan gemuruh daripada hampir 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.

Pembahas pertama itu yang tampil di pentas petang semalam menyarankan KeADILan mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Ditemui pemberita selepas pembentangannya, beliau berkata Mawi pernah bergiat bersama KeADILan dalam pilihan raya umum 1999 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.

Bagaimanapun, katanya, senarai keahlian yang dikeluarkan KeADILan tahun 2008 tidak menyebutkan nama Mawi.

Mawi tidak mahu diheret dengan politik

Namun, Mawi dalam sebuah laporan akhbar hari ini menyatakan rasa kesalnya apabila namanya dikaitkan dengan politik.

Beliau menyatakan bahawa beliau hanya ‘mencari makan’ dalam bidang seni, dan namanya tidak sepatutnya dikaitkan dengan alam politik.

Sebelum ini, Mawi pernah dijemput oleh kerajaan PAS Kelantan untuk menjayakan konsert kesenian Islam di Stadium Kota Bharu bersama Ustaz Akhil Hayy dan beberapa kumpulan nasyid tempatan.

Mawi hadir dengan sambutan yang paling menggalakkan bagi konsert sulung bersama kerajaan pembangkang ketika itu. – harakahdaily

Posted on 29 November 2008, in Politik, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: