Azmi, mana laporan Eurocopter ?


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Penasihat DAP Lim Kit Siang kesal dengan sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dato’ Seri Azmi Khalid yang sehingga kini belum lagi mengemukakan laporan skandal Eurocopter ke Parlimen seperti yang dijanjikan 11 November lalu.

Katanya Azmi telah berjanji akan mengemukan laporan siasatan RM1.6 billion perjanjian pembelian Eurocopter dalam tempoh ‘dua atau tiga hari’.

“Bagaimana dua tiga hari telah menjangkau selama tiga minggu lebih…Dan tiada tanda-tanda laporan itu akan dikemukakan sedangkan sudah hampir 50 hari laporan berkaitan Eurocopter tersebut masih belum dikemukakan?,” kata Kit Siang dalam satu kenyataannya hari ini.

Selain Eurocopter, Azmi juga dilaporkan akan mengemukakan hasil siasatan berhubung ini skandal Bank International Indonesia (BII) dan perjanjian ‘High Speed broadband’ (HSBB) ?

Sehubungan dengan itu beliau menggesa supaya diadakan satu siasatan terhadap PAC berhubung hasil siasatan jawatankuasa itu yang melibatkan skandal kewangan kerajaan di samping kelemahan dan sikap Azmi selaku pengerusi PAC.

“Sewajarnya Azmi mengambil contoh sikap bertanggnugjawab Menteri Dalam Negeri India Shivraj Patil yang meletak jawatan kerana insiden di Mumbai yang menyebabkan kematian kira-kira 180 orang,” kata Kit Siang yang mahu Azmi mengikut langkah yang sama. – harakahdaily

Posted on 1 Disember 2008, in Berita, Semasa and tagged . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: