Hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis..


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 1 Dis – ‘Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Ini bererti, Pena Mufti kali ini adalah Pena yang akhir daripada saya bagi ruangan ini. Menjelang jam 12 malam ini (pagi tadi), maka tamatlah tugasan saya sebagai seorang mufti di Negeri Perlis.

“Kepada yang dikasihi…insya Allah, pada jam 10.45 pagi esok (Hari ini) saya akan bertolak ke United Kingdom bagi cuti sabatikal saya selama sembilan bulan. Tolong doakan saya.”

Demikian sistem pesanan ringkas yang ditulis bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kepada Harakahdaily tengah malam semalam.

Sebelum berangkat ke UK, beliau sempat mencoretkan pengalaman pahit manisnya sewaktu menjawat jawatan itu selama dua tahun di dalam laman web peribadinya.

Antaranya difitnah oleh mereka yang dikatakan memegang ‘jenama agama’ seperti menumbuk imam di Perlis dan menyatakan beliau dibantu oleh Amerika Syarikat.

Bahkan katanya rakan-rakan sejawatan beberapa negeri turut menghalang beliau berceramah di dalam negeri masing-masing.

“Selangor umpamanya membenar semua mufti berceramah, kecuali Mufti Perlis. Pihak JAKIM pula tidak akan melantik saya dalam sebarang panel fatwanya, walaupun mufti negeri-negeri lain dilantik.

“Saya menerima bahawa itulah realiti perjuangan dengan penuh senyuman dan tidak berkecil hati. Mereka yang lebih daripada saya, bahkan tidak dapat dibanding seperti para nabi dan ulamak terdahulu menghadapi lebih berat daripada itu,” katanya.

Katanya, beliau bersyukur meninggalkan jawatan dengan penuh senyuman dan persahabatan dan berharap rakyat dapat menilai apa yang telah diusahakan selama ini.

“Sekurang-kurang mereka tahu saya telah cuba melakukan sesuatu untuk Perlis dan Malaysia,” katanya. – harakahdaily

Posted on 1 Disember 2008, in Mufti, Semasa and tagged . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: