Kuala Terengganu milik PAS


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 1 Dis – “Malam kelmarin,KeADILan adakan mesyuarat khas.Majlis pimpinan tertinggi mengambil ketetapan kerusi ini secara tradisinya milik teman kita,PAS,”kata Naib Presiden KeADILan PAS, Azmin Ali di Kongres Nasional Tahunan KeADILan semalam.

Menurutnya, KeADILan sedia memberi laluan untuk PAS meletakkan calonnya dalam menghadapi pilihan raya kecil di Kuala Terangganu kelak.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong apabila penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland sewaktu bermain badminton Jumaat lalu.

Tambah Azmin, walau apa jua keputusan yang diputuskan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang dianggotai KeADILan, PAS dan DAP, mereka akan sentiasa berpegang teguh kepada pendirian kesepakatan dan akan turun padang memberikan sokongan pada pilihan raya kecil brekenaan nanti.

Dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, allahyarham Razali yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas,Maimon Yusof, 89, (685 undi).

Beliau juga menambah bahawa, Pakatan Rakyat akan memberikan tentangan hebat bagi memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu menjadi milik mereka.

“Dulu, Mat Sabu pun kalah dengan majoriti kecil, itu pun sebab ada seorang makcik (Maimon) yang kacau.

“Tapi tak apa, makcik itu pada malam ini sudah setuju akan sokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil itu nanti…tapi makcik mana saya tak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin juga berkata, Pakatan Rakyat bersedia menghadapi BN jika pilihan raya kecil juga berlaku di Pensiangan, sabah.

“Insya-Allah, kalau BN kalah, sekali lagi kita akan turun berkampung di Pensiangan untuk rampas satu lagi kerusi bagi Pakatan Rakyat,” katanya. – harakahdaily

Posted on 1 Disember 2008, in Siasah and tagged . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: