Penghalang Timbulnya Kebahagiaan


Salam Perjuangan…

Masalah atau keretakan rumah tangga yang berlaku dalam masyarakat sebenarnya bukanlah berlaku secara kebetulan.Ia sebenarnya disebabkan banyak faktor yang bertindak sebagai enzyme merosakkan ikatan tersebut.Benarlah kata pepatah melayu yang mengatakan retak menunggu belah.Mengikut kajian yang dibuat oleh Mohd Fadzillah Kamsah, keretakan atau konflik rumah tangga selalunya disebabkan faktor2 ini, atau lebih tepatnya utk dikatakan ia disebabkan beberapa faktor dalaman dan tekanan luaran yang mengakibatkan seseorang itu tewas lalu direflekskan dengan perkembangan yang tidak sihat itu. Sebabnya adalah :

Hati Tidak Fokus

Hidup di zaman yang penuh dengan tribulasi ini menyebabkan ramai manusia sukar untuk memberikan tumpuan atau fokus untuk merancang hidup dengan lebih serius bersama dengan pasangannya.

Terlalu banyak Cinta Pada Satu Masa

Fokus kepada fakta ini ialah, seseorang itu mempunyai secret admire yang lebih dikagumi dari pasangan yang halal buatnya itu.Dalam Islam walaupun poligami suatu yang diharuskan, tetapi ramai yang tak mampu menumpukan kasih sayang kepada seseorang isteri hingga menyebabkan penganiayaan berlaku kepadanya. Demikian juga sebaliknya isteri yang kadang kala kagum kepada lelaki lain selain suaminya, atas ukuran material, pangkat dan sebagainya.

Banyak Meminta Tapi Kurang Memberi

Normalnya, manusia lebih cenderung untuk meminta tetapi kurang untuk memberi. Kerap meminta kepada Allah adalah satu kebaikan yang dipuji tetapi apabila kerap juga meminta kepada manusia adalah satu sifat yang kurang mulia. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud dlm hadis sahih riwayat Muslim : “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah”. Mudah-mudahan amalan membantu orang lain akan membukakan pintu rezki kita dan salah satu daripadanya ialah pintu kasih sayang suami isteri.

Kenangan Masa silam

Fobia sering terjadi apabila pengalaman lalu yang sering menghantui jiwa. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu menilai kegagalan orang lain terutamanya yang mempunyai hubungan yang rapat dengannya seperti ibu ayah menyebabkannya terikut dengan sikap buruk individu tersebut. Sebagai contohnya tidak mahu memberikan pertolongan kepada isteri ataupun bagi isteri pula perbuatan tidak mentaati suami.

Masalah Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik juga kunci kepada perasaan cinta & bahagia. Sikap boros dan tak menjaga kewangan kerap me natijahkan keretakan rumahtangga .Menurut kajian, peningkatan kes perceraian meningkat mendadak pada musim inflasi.

Hidup Yang Tidak Seimbang

Dewasa ini, ramai manusia yang menjalani kehidupannya yang tidak seimbang. Sebagai contoh, seseorang itu lebih gemar untuk mengejar kejayaan kariernya dan mencari kesenangan sehingga lupa untuk memberi penumpuan kepada pasangan dan rumah tangga. Mungkin juga ia sudah menjadi satu tabiat atau trend hidup masa kini untuk hidup berorientasikan kekayaan dan material daripada kongkongan tanggungjawab sebagai seorang suami, isteri, ayah atau ibu.

Konsisten Dengan Sifat Negatif

Kekurangan adalah satu kemestian dalam diri manusia. Walaupun begitu, ia boleh dielakkan dengan bijak dan berhikmah. Sebagai contohnya tabiat melepak hingga ke waktu jauh malam semasa zaman bujang. Sikap ini masih diteruskan dengan teman-teman walaupun sudah berumahtangga.Sepatutnya seseorang itu membuangkan sifat negatif itu dan cuba untuk menanam seberapa banyak benih-benih mahmudah supaya ianya subur menyerikan hidup kita.

Kurang Doa

Naluri manusia akan selalu berdoa sekiranya seseorang itu ditimpa kesempitan hidup. Perbanyakkan doa kepada Allah agar Dia dapat melahirkan persefahaman dan kasih sayang. Contoh doa yang boleh diamalkan utk menimbulkan perasaan kasih saying adalah :

Doa Pengasih


اللَّهُمَّ حَبّـِبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنـِينَ وَحَبّـِبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِـنِين

Maksudnya : “Ya Allah jadikanlah hambaMu ini dicintai pada hati orang-orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang-orang yang beriman”.

Teknik Beramal

Dalam hadith sahih riwayat Muslim Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar dia dicintai oleh sekalian orang-orang beriman.Nabi s.a.w telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas.Hasil doa Nabi s.a.w., setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah.

Tiada Restu

Ibu bapa juga berhak ataupun berperanan dalam mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Sebagai anak, wajarlah bersikap terbuka dan berkerjasama bersama keduanya supaya tidak mendatangkan murka Allah. Di dalam institusi kekeluargaan perlu wujudkan sifat toleransi yang tinggi dan kefahaman yang utuh. Restu ibu bapa juga mempengaruhi impian dan niat kita. Justeru, jagalah hati ibu bapa dan taatilah mereka.

Sihir Atau Buatan Orang

Sifat hasad dengki yang sinonim dengan orang Melayu kadang-kadang mendatangkan kemudaratan kepada kita. Manusia sanggup sihir menyihir demi untuk mencapai hasrat mereka. Walaupun ianya satu larangan Allah, namun masih juga terdapat segelintir manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ini. Sebagai manusia yang dhaif, mohonlah kepada Allah untuk mendinding dan memelihara diri kita dari sihir manusia dan seumpama dengannya.

Konklusinya, seseorang itu perlu mengubah dirinya kepada yang lebih positif dan lebih mulia supaya Allah juga akan turut sama mengubah diri kita agar mengikut hidayahNya yang lurus. Allah akan mengurniakan kita rasa kasih , sayang atau yang disebut sebagai mawaddah (zaman muda) dan rahmah (zaman dah tua) sepanjang hidup berumahtangga kita. Hal inilah yang disebut olehNya dalam surah al-Rum ayat ke 21, insyaallah ada umur akan kita berbincang tentangnya pada masa akan datang.

[1] Dipetik dan disesuaikan dari Buku Petua Membuat Orang Jatuh Cinta karangan Dr Mohd Fadzilah Kamsah, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

[2] HR Muslim no 2491, Bab Fadha`il al-Sahabat.

[3] Lihat Kitab Mukhtasar Silah al-Mukmin, Bab Fi Talab al-Du’a, karangan al-Imam al-Zahabi muka surat 109

Posted on 1 Disember 2008, in Buletin and tagged . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: