Umno tidak mampu bertahan, biar ia reput


Salam Perjuangan…

TEMERLOH, 1 Dis – Talian hayat pemerintahan Umno sudah tidak mampu bertahan lama justeru Pakatan Rakyat perlu menunggu sedikit masa dengan persiapan untuk menguasai pemerintahan di Negara ini kata Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang.

Menurut Ustaz Ahmad,sambutan masyarakat berbilang kaum terhadap PAS amat mengusarkan pemimpin Umno.

“Pertumbuhan kelab penyokong PAS macam cendawan sekarang membuktikan semakin ramai golongan bukan Islam menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Keadaan ini amat membimbangkan Umno.

“Umno pun kini tak ada kekuatan untuk perintah kerana mempunyai kelebihan kerusi Parlimen yang amat kecil di semenanjung. Mereka hanya bergantung atas kekuatan rakan Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak. Inilah talian hayat Umno saja lagi. Kita tak payah buat apa kita biar dia reput sendiri,”katanya dalam lawatan kerja ke negeri Pahang di program dialog bersama ahli kelab penyokong PAS, di Pusat pentadbiran PAS Kawasan Temerloh, Taman Temerloh Jaya, dekat sini, baru-baru ini.

Tambah Ustaz Ahmad Awang, kekangan ekonomi yang teruk akibat ketidak tentuan politik Negara semakin menyempitkan kehidupan rakyat dan ini menambah kegusaran pemimpin Umno.

“Ekonomi Negara begitu teruk kerana keadaan politik dalam Negara yang semakin kacau ditambah pula kejatuhan ekonomi dunia yang jatuh. Ini menjadikan kedudukan Umno sebagai kuasa pemerintahan tidak diyakini rakyat,”katanya. – harakahdaily

Posted on 1 Disember 2008, in Siasah, UMNO and tagged , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: