Zaib Ibrahim Dipecat


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dipecat keahliannya serta merta daripada Umno kerana kesalahan melanggar etika parti termasuk yang terkini menghadiri Kongres Tahunan Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan tindakan berkenaan berdasarkan beberapa tindakan Zaid sebelum ini khususnya apabila menghadari sebagai tetamu jemputan ke majlis anjuran parti pembangkang.

“Penglibatan dia (Zaid) dilihat menyalahi etika parti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno hampir tiga jam di sini hari ini.

Ditanya sama ada Zaid boleh mengemukakan rayuan mengenai keputusan tersebut, Abdullah berkata: “Pecat dah tak boleh rayu”.

Tambah beliau dengan pemecatan Zaid, Umno perlu konsisten dalam membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang mengelakkan sebarang keraguan dan memastikan tidak wujudnya sikap pilih kasih apabila mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didapati melanggar disiplin parti.

Sementara itu Abdullah turut mengumumkan keputusan menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim selama tiga tahun.

Keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa kenyataannya sebelum ini yang mengkritik parti.

Abdullah turut menyatakan bahawa mesyuarat berkenaan juga telah membincangkan mengenai isu-isu sensitif terutamanya yang melibatkan perkauman dan agama.

Katanya Umno mahu mempertimbangkan beberapa saluran yang boleh digunakan bagi membincangkan isu-isu sensitif dalam suasana yang lebih terkawal.

“Semua itu penting difikirkan bersama, mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan datang kita putuskan apa yang boleh dilakukan.

“Tidak timbul keresahan atau cuit (perasaan) sensitif kaum-kaum lain,” katanya.

Abdullah turut menasihatkan agar mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan yang menyentuh mengenai sensitiviti kaum dan agama perlu bertanggungjawab dengan tindakannya itu.

“Mengenai isu-isu sensitif ini, bagi sesiapa yang bercakap mesti berhati-hati kerana kenyataan yang dibuat akan mengundang reaksi banyak pihak.

“Reaksi akan timbulkan perkara-perkara yang tidak diingini dan mereka itu perlu bertanggungjawab bagi elakkan reaksi kaum-kaum lain,” katanya.

Jelasnya isu sensitif yang dimaksudkannya tidak hanya yang melibatkan kaum Melayu sahaja sebaliknya turut melibat kaum-kaum lain di negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum ini.

Abdullah berkata semua pihak perlu melatih diri daripada menimbulkan sebarang isu sensitif.

“Kalau tak jelas tentang sesuatu perkara (isu) yang berlaku, tak payahlah (perlu) timbulkan perkaraya yang sensitif,” katanya yang menganggap tindakan sedemikian hanya akan merugikan rakyat.

Ditanya mengenai pendirian Umno yang dikatakan terlalu bertolak ansur terhadap tindakan dan kritikan parti-parti komponen BN lain, Abdullah berkata perkara itu sentiasa diberi perhatian oleh Umno.

“Kita bukan tak tahu tindakan parti-parti komponen itu, kita bertanggungjawab, tak bermakna kita berdiam diri,” katanya.

Menyentuh mengenai pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Abdullah berkata pada mesyuarat berkenaan MT Umno masih belum memutuskan calon yang akan dipilih bertanding bagi kerusi berkenaan mewakili BN.

“Berkaitan dengan calon, kita belum tentukan pada waktu ini,” katanya.

Ditanya sama ada MT Umno akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan calon yang akan bertanding, Abdullah berkata perkara itu tidak semestinya diputuskan oleh MT.

“Tak semestinya panggil MT, jawatankuasa pengurusan pun boleh pilih calon dan maklumkan kepada saya,” katanya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong apabila penyandangnya yang juga bekas Timbalan Menteri Pejaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata MT Umno memutuskan supaya semua persiapan bagi menghadapi pilihanraya berkenaan disegerakan termasuk bantuan daripada badan perhubungan Umno negeri. – mStar

Posted on 3 Disember 2008, in Politik, Semasa, UMNO and tagged . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: