Laporan Tidak Adil, Sinar Harian Perlu Siasat Wartawan Jadi Exco Puteri UMNO !!


Salam Perjuangan…

MARAN – Mutakhir ini isu kebesan media sering diperkatakan oleh ramai orang. Akibat lunturnya pengaruh akhbar arus perdana dalam melaporkan berbagai isu dan permasalahan rakyat, maka mereka terpaksa mencari sumber lain untuk mendapatkan maklumat. Akhirnya blog menjadi semakin berpengaruh dan sebahagian daripada kehidupan manusia hari ini. Di Malaysia kemunculan blog kini sudah hampir mencecah hampir 700,000 namun masih ada ramai diantara kita yang memandang enteng akan kewujudannya. Rakyat juga sudah muak untuk membaca akhbar arus perdana dan memilih media alternatif berbentuk tabloid sebagai bahan bacaan mereka. Ini menyebabkan syarikat akhbar itu sendiri semakin mengalami kerugian, akibat daripada pemboikotan dan sebagainya. Akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian serta RTM dan TV3 sudah lagi tidak mendapat tempat dihati rakyat. Kerana mereka tahu, kesemua media inilah yang telah banyak menghancurkan perpaduan kaum serta merosakkan kepercayaan rakyat di negara ini. Banyak berita yang dipaparkan adalah lebih bersikap provokasi dan hanya berdasarkan kepada sebelah pihak semata-mata. Media seperti ini lebih banyak berperanan untuk memesongkan fikiran rakyat. Akhirnya rakyat jemu dan meluat dengan paparan yang dibuat itu, dan menyatakan kekecewaan mereka menerusi keputusan Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Ini bermakna rakyat tidak harus terus diperbodohkan oleh pihak kerajaan. Rakyat sudah mula cerdik dan bijak menilai sesuatu isu.

Namun, sejak kemunculan media alternatif baru Sinar Harian harapan melihat “pembebasan minda rakyat” kian tercapai. Ini kerana akhbar terbabit lebih kritis dan neutral dalam menyampaikan berita kepada rakyat. Akhbar harian itu kini lebih mendapat tempat, dek kerana ia memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak menyuarakan pandangan serta memaparkan aktiviti masing-masing. Hasilnya, jualan akhbar Sinar Harian terus meningkat dari sehari ke sehari. Ini memberi impak yang positif terhadap akhbar kompak seperti itu. Rakyat seolah-olah melihat, telah muncul satu wadah alternantif sebagai wacana minda mereka. Maka mereka boleh membaca kedua-dua maklumat baik dari kerajaan mahupun pembangkang dalam satu media baru seperti itu. Sinar Harian juga dilihat, tidak terlalu terkonkong dan terikat dengan bahan berita sebelah pihak semata-mata. Tahniah kita ucapkan kepada penerbit Sinar Harian, iaitu Karangkraf atas iniseatif yang cukup bertanggungjawab ini. Di Pahang, rakyat mula memilih akhbar itu sebagai bahan bacaan alternatif mereka. Sinar Harian juga bijak menjiwai rakyat dengan menampil juga bahan berita dari seluruh negeri. Mereka menempatkan krew mereka yang dikenali sebagai Skuad Cakna Sinar di seluruh daerah di Pahang. Dibekalkan dengan kenderaan dan segala bahan berkaitan, maka krew terbabit ditugaskan mendapatkan bahan berita setiap hari untuk tatapan pembaca. Tahniah juga diucapkan kepada wartawan mereka yang bertungkus lumus untuk memberikan informasi berguna kepada rakyat.

Namun, apa yang ingin diperkatakan disini ialah sikap segelintir Skuad Cakna Sinar Harian yang masih lagi terikat dengan sentimen kerpartian. Skuad terbabit ialah Skuad Cakna Sinar Harian Maran. Kami mendapat maklumat daripada rakan-rakan di daerah itu, wartawan terbabit lebih banyak menfokuskan isu dan paparan berita serta aktiviti yang melibatkan Parti UMNO semata-mata. Manakala, bagi Pakatan Rakyat sama ada PAS atau PKR, paparan berita mereka seolah-olah dipinggirkan begitu sahaja. Jika ada pun, sekadar melepaskan batuk ditangga dan itupun mungkin seminggu atau sebulan sekali. Menurut maklumat, pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PAS kawasan telah banyak kali mengundang dan memohon agar Skuad Cakna terbabit datang membuat liputan aktiviti mereka. Namun, alasan yang diberikan ialah sibuk, tidak cukup masa, sedang buat liputan dan macam-macam alasan lagi. Hinggakan berita-berita berkaitan aktiviti besar yang melibatkan pimpinan tertinggi parti terabai begitu sahaja. Sikap ini amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku, diketika akhbar terbabit mengatakan mereka bersikap neutral dalam mengetengahkan isu-isu rakyat di kawasan terbabit.

Siasatan telah dibuat, maka fahamlah Pahang Daily Online kenapakah wartawan terbabit tidak mahu untuk bersikap “neutral” dalam melaporkan berita bagi daerah Maran itu. Kami difahamkan yang wartawan wanita terbabit adalah merupakan anak kepada pemimpin kuat UMNO di kawasan terbabit, dan juga telah terpilih sebagai Exco Puteri UMNO Bahagian Maran dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu baru-baru ini. Justeru itu, atas dasar dan prinsip kewartawan kami amatlah berharap agar pihak berkenaan di Sinar Harian mebuat siasatan akan perkara ini. Jika benar beliau terlibat dengan politik kepartian, maka ia amatlah tidak adil kepada pembaca yang menganggap akhbar terbabit “neutral”. Wajarlah beliau dikenakan tindakan demi masa depan akhbar terbabit. Seharusnya, para wartawan tidak boleh menampakkan sangat mereka terlibat dengan parti politik tertentu baik kerajaan mahupun pembangkang. Jika ini berlaku sudah tentu beliau akan berlaku tidak adil kepada sesetengah pihak tertentu. Kami menyeru agar pihak Sinar Harian memantau perkara ini, dan mengambil tindakan tegas terhadap wartawan wanita terbabit. Beliau boleh memilih sama ada mahu bekerja sebagai wartawan atau politiknya dalam Puteri UMNO?. Berikan jawatan itu kepada mereka yang lebih telus, adil dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas berkaitan. – pahangdaily

Posted on 10 Disember 2008, in Puteri Umno, UMNO and tagged , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: